Selepas lancar iPhone 12, Apple turunkan harga iPhone 11 dan iPhone XR | DagangNews Skip to main content

Selepas lancar iPhone 12, Apple turunkan harga iPhone 11 dan iPhone XR

iPhone XR

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Sudah menjadi kebiasaan bagi syarikat Apple Inc. (Apple) untuk menghentikan pengeluaran beberapa model terdahulu sekali gus menurunkan harga model yang masih berada di pasaran selepas melancarkan produk terbaharu.

Susulan pelancaran iPhone 12 hari ini, Apple memilih untuk menghentikan pengeluaran model iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Bagaimanapun, model iPhone 11 dan iPhone XR diteruskan penjualan pada harga yang lebih rendah.

Apple juga memilih untuk mengekalkan model iPhone SE sebagai telefon pintar Apple termurah, lapor Soya Cincau.

iPhone 11 dan iPhone XR ditawarkan RM500 lebih murah berbanding harga sebelumnya.

Berikut merupakan senarai harga iPhone 11 dan iPhone XR yang ditawarkan di Malaysia;

 

iPhone 11

  • 64GB  = RM2,899
  • 128GB = RM3,099
  • 256GB = RM3,599


iPhone XR 

  • 64GB  = RM2,399
  • 128GB = RM2,599
iPhone
Apple hanya menyediakan telefon pintar dan USB-C Lighting dalam kotak keluaran terbaharu model iPhone 11, iPhone XR dan iPhone SE.

 

Sementara itu, model iPhone 11, iPhone XR dan iPhone SE yang akan dikeluarkan selepas ini tidak lagi dilengkapi dengan kepala pengecas (power adapter) dan EarPods.

Kotak telefon pintar ketiga-tiga model berkenaan hanya mengandungi fizikal telefon dan kabel USB-C Lighting.

Apple menasihati pengguna untuk menggunakan power adapter  yang sedia dimiliki pengguna atau membuat pembelian barangan aksesori tersebut secara berasingan. - DagangNews.com