Sentimen pemulihan global semakin baik, pacu pasaran ekuiti seluruh dunia - MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Sentimen pemulihan global semakin baik, pacu pasaran ekuiti seluruh dunia - MIDF Research

Oleh NABILA YASMIN RAZIB

[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Pasaran ekuiti di seluruh dunia terus meningkat minggu lalu berikutan sentimen pemulihan global yang semakin baik. 

 

 

MIDF Research berkata,FBM KLCI menyaksikan peningkatan yang ketara pada minggu lalu, meningkat sebanyak 2.59% dipengaruhi oleh momentum pembelian komoditi yang kuat, seperti perladangan & tenaga, dan menjejaki prestasi pasaran serantau.

 

 

"FBM KLCI meningkat 2.59% untuk minggu ini kepada 1.563.90 mata. Bagi Ringgit, ia menyaksikan kenaikan mingguan sekitar 0.04% berbanding AS$ untuk ditutup pada kadar RM4.1775/AS$ pada Jumaat," katanya dalam Laporan Aliran Dana Mingguan di sini hari ini.

 

Firma tersebut berkata, pelabur asing bertukar menjadi pembeli bersih selama seminggu berakhir pada 8 Oktober, yang menyaksikan aliran keluar bersih berjumlah RM293.36 juta. 

 

"Ini merupakan minggu pertama pembelian bersih oleh pelabur asing, selepas satu minggu aliran keluar sebelumnya.

 

 

"Sejak awal 2021, secara kumulatif, peruncit adalah satu-satunya pembeli bersih di pasaran ekuiti berjumlah RM10.40 bilion . Institusi tempatan dan pelabur asing merupakan penjual bersih masing-masing pada kadar RM6.71 bilion dan RM3.69 bilion," katanya.

 

 

Sementara itu MIDF Research berkata, keadaan pasaran buruh juga bertambah baik berikutan ekonomi Malaysia secara beransur-ansur pulih dari kesan 'lockdown' selepas beberapa buah negeri dibenarkan untuk beraliih ke fasa seterusnya dalam Pelan Pemulihan Nasional (PPN).

 

 

"Dengan kelonggaran sekatan secara beransur-ansur pasaran buruh mula pulih dan mendorong kadar pengangguran lebih rendah kepada 4.6% pada Ogos 2021. 

 

 

"Jumlah pengangguran menurun sebanyak -3.8%  dengan jumlah individu menganggyr jatuh ke 748,800, terendah sejak 21 Mei.

 

 

"Walaupun bagaimanapun, jumlah pengangguran terkini adalah 1% lebih tinggi daripada Ogos tahun lalu," katanya. -DagangNews.com