SEPAKADD pamer karya 45 pelajar semester akhir Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Perak | DagangNews Skip to main content

SEPAKADD pamer karya 45 pelajar semester akhir Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Perak

Nor Sham (tengah) mendengar penerangan daripada seorang pelajar tentang karya seni yang dipamerkan.
Oleh Zaki Salleh

SERI ISKANDAR 15 OGOS - Lebih 50 karya seni pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, kampus Seri Iskandar dipamerkan pada Seleksi Pameran Karya Akhir Diploma & Degree (SEPAKADD).

 

Karya berkenaan dihasilkan 45 Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) UiTM Perak.

 

Mereka terdiri daripada pelajar diploma dan ijazah sarjana (kepujian) program seni halus, senireka grafik, seni fotografi & pengimejan digital dan Seni reka seramik.

 

Pameran ini merupakan program tahunan yang diadakan pada setiap akhir semester bagi pelajar KPSK.

 

Pameran

 

Pameran.
SEPAKADD merupakan program tahunan yang dijalankan pada akhir semester.

 

Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri Perak (Pengurusan), Dato' Nor Sham Rahman hadir bagi merasmikan pameran tersebut.

 

Hadir sama Rektor UiTM Cawangan Perak, Prof. Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim dan Pegawai Daerah Perak Tengah, Mohd Zaki Abdul Rahman.

 

Dalam ucapannya, Nor Sham berkata, lebih ramai graduan seni telah dilahirkan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam pelbagai bidang sama ada bertunjangkan seni halus atau seni reka.

 

"Mereka ini telah memenuhi keperluan dalam kerjaya berkaitan industri seni negara merangkumi pelbagai bidang disiplin dan skop kerja. 

 

Nor Sham
Nor Sham (tiga dari kiri) bersama Nur Hisham (dua dari kanan) dan Mohd Zaki (dua dari kiri) semasa merasmikan pameran SEPAKADD.

 

Pelajar
Sebahagian daripada pelajar semester akhir yang menjayakan pameran SEPAKADD di kampus UiTM Perak.

 

"Oleh itu mereka perlu mempersiapkan diri dalam menempuhi realiti kehidupan pekerjaan di luar sana. 

 

"Antaranya melengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan dengan bidang yang diceburi kerana ia amat penting bagi memastikan mereka kekal relevan," katanya.

 

Pada majlis tersebut, Nor Sham turut menyampaikan Anugerah Pelajar Terbaik Jabatan kepada pelajar-pelajar yang telah memberikan pencapaian dan komitmen yang terbaik sepanjang pengajian. - DagangNews.com