Separuh populasi Malaysia divaksin, 29.1% lengkap 2 dos | DagangNews Skip to main content

Separuh populasi Malaysia divaksin, 29.1% lengkap 2 dos

peratusan vaksinasi bagi golongan dewasa juga turut meningkat kepada 69.8%

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Separuh daripada keseluruhan populasi Malaysia iaitu seramai 16.3 juta individu telah menerima sekurang-sekurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat 11 Ogos 2021.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, seramai 9.5 juta daripada jumlah itu telah mendapatkan suntikan dos kedua.

 

.

 

Jumlah yang dicatatkan itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif vaksinasi atau jumlah pemberian dos meningkat kepada 25.8 juta setakat semalam.

 

Dari segi peratusan populasi pula, peratusan meningkat kepada 50.1% bagi penerima dos pertama dan 29.1% yang telah melengkap dus dos suntikan.

 

Lembah Klang yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor merekodkan peratusan vaksinasi tertinggi sebanyak 75.1%, diikuti Labuan (67.2%) dan Sarawak (63.6%).

 

.

 

Tambah JKJAV, peratusan vaksinasi bagi golongan dewasa juga turut meningkat kepada 69.8%, sebanyak 40.7% daripadanya telah melengkapkan dua dos suntikan.

 

Peratusan tertinggi turut dicatatkan oleh Lembah Klang iaitu sebanyak 102.7% bagi penerima dos pertama.

 

Negeri-negeri yang mencatatkan kadar vaksinasi golongan dewasa melebihi 50% menunjukkan peningkatan kepada 12 negeri berbanding hanya 10 negeri semalam.

 

.

 

Selain Lembah Klang, negeri-negeri lain yang merekodkan prestasi tersebut ialah Labuan (97.7%), Sarawak (87.7%), Negeri Sembilan (81.4%), Perlis (70.3%), Pulau Pinang (66.6%), Melaka (60.5%), Johor (54.8%), Pahang (53.6%) Terengganu (53.1%), Perak (51.0%) dan Kedah (50.4%).

 

Negeri yang tidak disenaraikan masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 50% bagi golongan dewasa.

 

Bagi jumlah pemberian vaksin harian pula, sebanyak 497,352 dos berjaya diberikan semalam.

 

Jumlah tersebut meliputi 227,506 dos pertama dan 269,846 dos kedua. - DagangNews.com