Sertai Pertandingan Tempah & Menang ShopeeFood untuk berpeluang menang hadiah bernilai RM10,000 | DagangNews Skip to main content

Sertai Pertandingan Tempah & Menang ShopeeFood untuk berpeluang menang hadiah bernilai RM10,000

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Jun - ShopeeFood menjemput orang ramai untuk menyertai Pertandingan Tempah & Menang dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM10,000.

 

Shopee dalam satu kenyataan berkata, pertandingan itu menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti Pembersih Vakum Tanpa Wayar MMX, Oven MMX, Pengisar Tangan dan Pemproses Makanan MMX dan baucar ShopeeFood.

 

"Orang ramai juga boleh menggandakan peluang untuk menang dengan membuat tempahan daripada mana-mana restoran Super Deals," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Bagi menyertai pertandingan itu, orang ramai hanya perlu mengikuti Instagram rasmi ShopeeFood (shopeefood_my), buat tempahan bernilai RM25 ke atas bermula sekarang hingga 14 Jun 2022 dan tekan butang suka atau komen dengan menggunakan ID tempahan.

 

Pemenang-pemenang bertuah akan diumumkan pada 30 Jun 2022.

 

Orang ramai juga disarankan untuk menyemak baucar harian ShopeeFood dan daftar keluar menggunakan ShopeePay untuk proses pembayaran yang lancar dan mudah.

 

shopee

 

ShopeeFood kini tersedia untuk penghantaran di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeeFood Day, layari https://shopee.com.my/m/shopeefoodday atau ikuti @shopeefood_my di Instagram. - DagangNews.com