Setel perkenal ciri bantuan kecemasan termasuk perkhidmatan menunda kenderaan | DagangNews Skip to main content

Setel perkenal ciri bantuan kecemasan termasuk perkhidmatan menunda kenderaan

KUALA LUMPUR 21 Okt - Pengguna Setel kini menyediakan mempunyai akses kepada ciri bantuan baharu yang menyediakan perkhidmatan atas permintaan sekiranya berlaku kecemasan kenderaan.

 

Perkhidmatan disediakan termasuk penggantian bateri, jump start, penggantian tayar, bantuan mengisi minyak kecemasan (sekiranya anda kehabisan minyak), buka kunci kenderaan (sekiranya anda terkunci dari kereta anda sendiri) dan menunda kenderaan.

 

Perkhidmatan itu disokong oleh Bateriku.com, yang merupakan rakan kongsi pertama Setel untuk ciri bantuan itu. 

 

Sama seperti ketika mengisi minyak di stesen Petronas, setiap transaksi yang diselesaikan melalui ciri baharu itu akan memperoleh mata Mesra pengguna Setel yang boleh digunakan untuk menebus minyak dan ganjaran lain.

 

Apabila memilih perkhidmatan yang anda perlukan, anda akan diminta untuk memberikan lokasi kenderaan anda dengan pilihan untuk memberikan maklumat tambahan seperti lokasi berdekatan dan warna kenderaan anda.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan berkata, pihaknya berhasrat untuk menyediakan ekosistem perkhidmatan mobiliti yang dapat memenuhi pelbagai keperluan pelanggan. 

 

setel

 

"Kemudahan bantuan kenderaan itu  menyenangkan pengguna kenderaan dengan akses ke atas pelbagai aneka keperluan di hujung jari mereka. 

 

"Usaha sama dengan Bateriku.com ini dapat mempercepatkan usaha pemberian bantuan kepada pengguna Setel yang terkandas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi Zakaria Ansari berkata, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya adalah penting bagi Bateriku.com untuk menjadikan perkhidmatan bantuan di tepi jalan mudah diakses oleh pemandu di seluruh negara melalui penyepaduan API dengan platform menghadapi pelanggan seperti aplikasi Setel.

 

"Bateriku.com telah memberi khidmatnya kepada hampir 1 juta pelanggan di seluruh negara dan kejayaan ini ditunjangi oleh ekosistemnya yang inklusif yang terdiri daripada juruteknik gig (Bhero), usahawan (BPpreneur), rakan bengkel (BBuddy) dan 130 buah outlet fizikal Bateriku.com di seluruh negara. 

 

"Kami berbesar hati untuk menawarkan penyelesaian bantuan tepi jalan kami secara langsung buat pengguna Setel, dan kami juga komited untuk membekalkan pengalaman kepenggunaan yang terbaik," katanya. - DagangNews.com