SFP Tech diunjur catat untung besar berturut-turut sehingga FY26 hasil sumbangan EEASB | DagangNews Skip to main content

SFP Tech diunjur catat untung besar berturut-turut sehingga FY26 hasil sumbangan EEASB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengunjurkan SFP Tech Holdings Bhd berada di landasan tepat bagi merekodkan untung besar secara berturut-turut sehingga FY26 didorong sumbangan positif EST Exhibit Automation Sdn. Bhd. (EEASB).

 

Katanya, ia juga disokong penyiapan Kilang Pembuatan 3 yang terdiri daripada kilang dan gudang serta bangunan pejabat tiga tingkat berkeluasan binaan kira-kira 319,200 kaki persegi (pada asasnya tiga kali ganda jumlah kawasan binaan semasa kumpulan sebanyak 152,500 kaki persegi).

 

Firma itu berkata, selain itu ia juga dibantu penambahan 41 mesin pengilangan kawalan kerangka komputer (CNC) baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

 

"Ini akan menambah bilangan mesinnya dan secara kumulatif meningkatkan kapasiti pengeluaran pengeluaran maksimum kumpulan sebanyak kira-kira 25.3% daripada 520,400 jam/tahun kepada 652,100 jam/tahun," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, hasil kumpulan pada suku kedua 2024 menghasilkan keuntungan bersih teras sebanyak RM13 juta menjadikan jumlah separuh pertama kepada RM22 juta masuk dalam tempoh ramalan kami pada 52% tetapi hanya menyumbang 38% daripada anggaran tahun penuh konsensus. 

 

HLIB berkata, kumpulan itu menggabungkan "Integrasi SFP" di Singapura bagi menerajui pertumbuhan dengan menembusi ke dalam industri peralatan semikonduktor/SPE.

 

Katanya, SFP akan terus meningkatkan penyertaannya dalam kedua-dua modul peralatan nilai tambah tinggi dan fabrikasi bahagian-bahagian yang kompleks.

 

"Platform pengendali peralatan pemeriksaan penglihatan D&D generasi pertamanya dibangunkan bersama-sama dengan ruang aplikasi akhir pelanggan tertentu," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran 81 sen sesaham. - DagangNews.com