Shamsul Anuar ditetapkan semula jawatan sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif SCIB | DagangNews Skip to main content

Shamsul Anuar ditetapkan semula jawatan sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif SCIB

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 25 Okt - Pakar kejuruteraan awam, Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) hari ini mengumumkan penetapan semula jawatan Shamsul Anuar Ahamad Ibrahim sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

 

Shamsul Anuar berkata, beliau gembira dengan penyusunan semula ini dan berharap dapat bekerjasama lebih rapat dengan pasukan dalam perjalanan mereka untuk mengubah SCIB kepada perniagaan yang lebih baik, kukuh dan mampan melalui pengembangan ke Semenanjung Malaysia dan baru-baru ini, penerokaan ke dalam projek-projek di negara jiran Kalimantan, Indonesia.

 

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SCIB, Rosland Othman berkata, pihaknya mengalu-alukan Shamsul Anuar sebagai pengerusi baharu dan berharap dapat bekerjasama dengan beliau untuk mengembangkan SCIB. 

 

"Pengalaman beliau dalam perusahaan milik negara akan menjadi tidak ternilai kepada kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Shamsul Anuar adalah felo Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun dan ahli Institut Akauntan Malaysia, pertama kali dilantik sebagai ahli lembaga syarikat pada 1 September 2015. 

 

Beliau adalah ahli Jawatankuasa Audit SCIB dan Jawatankuasa Saraan dan Pencalonan serta Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko. 

 

Beliau kini merupakan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Kumpulan Permodalan ASSAR Sdn. Bhd., syarikat induk Amanah Saham Sarawak Bhd., sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan dengan portfolio pelaburan dalam perkhidmatan kewangan, pertanian dan berasaskan sumber, pembangunan hartanah dan pembinaan, perkhidmatan dan teknologi, pembuatan, perdagangan dan lain-lain. 

 

 

scib
Shamsul Anuar Ahamad Ibrahim

 

 

Shamsul Anuar juga menganggotai BOD Transnational Insurance Brokers Sdn. Bhd. - DagangNews.com