Shopee pupuk semangat kenegaraan bersama FINAS dan kempen #ShopeeSapotLokal | DagangNews Skip to main content

Shopee pupuk semangat kenegaraan bersama FINAS dan kempen #ShopeeSapotLokal

 

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Shopee dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menjalinkan kerjasama unik sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Melalui satu siri inisiatif, kolaborasi ini bertujuan menyemai rasa cinta serta penghargaan yang lebih mendalam pada negara ini, sambil memupuk semangat perpaduan antara rakyat Malaysia yang sekali lagi menyambut Hari Kemerdekaan di tengah pandemik COVID-19. 

 

Kerjasama ini bermula dengan tayangan Dari Merdeka ke Malaysia, di mana beberapa dokumentari bersejarah akan ditayang di platform e-dagang tersebut. Dokumentari-dokumentari ini memaparkan perjalanan negara ini dalam mencapai kemerdekaan dan melahirkan Malaysia, serta kekayaan warisan dan budaya yang dimiliki rakyat Malaysia. Dokumentari-dokumentari ini akan disiar langsung di Shopee Live pada jam 9.30 malam pada 30 dan 31 Ogos, 6, 7, 13, 14 dan 16 September.

 

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, “FINAS sentiasa berusaha untuk mempromosikan, memupuk dan memudahkan pembangunan industri perfileman tempatan; kerjasama strategik kami bersama Shopee membolehkan kami mengukuhkan strategi peningkatan kapasiti kami dengan pereka filem baharu dan penonton yang pelbagai di platform-platform tertentu.

 

''Memandangkan filem menawarkan pelbagai kelebihan sebagai alat pendidikan dan sumber inspirasi, menayangkan dokumentari bersejarah mengenai detik-detik kegemilangan kita, para pahlawan serta perjalanan emosi, cabaran dan perjuangan mereka amat penting bagi menanamkan rasa cinta dan semangat patriotisme terhadap pembentukan Malaysia, serta perpaduan yang digambarkan bagi mencapai kemerdekaan," katanya.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang berkata, “dengan rasa rendah diri, kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan diberi peluang untuk menayangkan strim langsung dokumentari-dokumentari mengenai inti pati sejarah Malaysia.



 

terence pang
TERENCE PANG

 

 

''Kempen ‘Dari Merdeka ke Malaysia’ berhasrat untuk memaparkan perkara-perkara yang paling penting - perpaduan dan ketabahan, terutamanya pada masa yang mencabar ini. Dengan ini, Shopee berasa teruja untuk menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia bersama seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Sementara itu, bagi meraikan komuniti penjual tempatan, Shopee akan mendedikasikan pengambilalihan laman atau site takeover Shop Malaysia Online (SMO) dan Go-eCommerce yang dikenali sebagai #ShopeeSapotLokal pada 31 Ogos dan 16 September.

 

Rakyat Malaysia akan menerima baucar lebih menarik yang menawarkan diskaun hingga 31% apabila para pengguna membeli daripada penjual-penjual tempatan pada kedua-dua hari tersebut.

 

Pada masa yang sama, Shopee akan melancarkan video muzik Merdeka berbentuk animasi yang akan menampilkan enam orang penjual tempatan dan perjalanan e-dagang mereka di Shopee.

 

Lirik bagi video tersebut ditulis dan akan dipersembahkan oleh penyanyi rap Malaysia, Kayda Aziz yang akan mengagumkan penonton dengan kehebatan vokalnya.

 

SMO dan Go-eCommerce adalah inisiatif-inisiatif e-dagang oleh Kementerian Kewangan (MOF), dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ditugaskan untuk memacu kempen ini dari sekarang hingga 31 Disember 2021.

 

Pang menyeru rakyat Malaysia untuk mencuba produk-produk serta menyokong penjual tempatan dengan memanfaatkan baucar-baucar khas yang ditawarkan pada 31 Ogos dan 16 September.

 

"Ini adalah komitmen berterusan daripada pihak kami bagi memastikan perniagaan-perniagaan tempatan sentiasa diingati oleh para pembeli kami apabila mereka membuat sebarang pembelian, dan #ShopeeSapotLokal memberikan tumpuan serta pendedahan yang diperlukan dan berhak diterima penjual-penjual tempatan,” katanya.

 

Inisiatif Dari Merdeka ke Malaysia dan #ShopeeSapotLokal adalah sebahagian daripada kempen 9.9 Hari Pembelian Hebat yang kini berlangsung hingga 9 September. Para pembeli boleh menikmati baucar Penghantaran Percuma dan baucar Pulangan Tunai Syiling Shopee 99%, di mana kedua-duanya dapat dinikmati tanpa pembelanjaan minimum.

 

Para pengguna juga berpeluang memenangi sebuah Mercedes-Benz baharu dengan mengambil bahagian dalam permainan Main & Menang Mercedes-Benz dengan mengumpul tiket emas setiap hari.

 

Layari https://shopee.com.my/m/99 untuk maklumat lebih lanjut dan tawaran semasa Shopee 9.9 Hari Pembelian Hebat. - DagangNews.com