KUALA LUMPUR 5 Julai – ShopeePay Malaysia menjalin kerjasama rapat dengan pihak berkuasa dengan segera menjawab permintaan rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan mereka.
Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee berkata, maklumat yang ShopeePay berikan telah terbukti berjaya membantu polis mengesan pelakunya.
“ShopeePay berbangga untuk menyokong dan bekerjasama rapat dengan PDRM untuk mendidik pengguna kami. Beberapa program yang telah kami mulakan termasuk Program Kesedaran Penipuan yang berterusan.
"Program Kesedaran Penipuan ialah tapak mikro dalam aplikasi dengan petua dan garis panduan keselamatan membeli-belah dalam talian untuk mengelak daripada ditipu.
“Untuk sentiasa melindungi pengguna kami, ShopeePay menghantar pemberitahuan kepada pengguna setiap bulan dengan kemas kini seperti taktik penipuan terkini dan cara mengelak daripada ditipu,” kata beliau.
Menirit Alain, ShopeePay juga sentiasa menjalankan pemantauan dan tinjauan media sosial untuk mengukur pemahaman pelanggan. Shopee dan ShopeePay komited untuk menyediakan pengguna pengalaman membeli-belah dalam talian yang selamat dan terjamin.
Hari ini, ShopeePay dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM bersama-sama mengadakan forum untuk meningkatkan kesedaran orang ramai sebagai satu cara untuk menangani dan memerangi peningkatan jenayah berkaitan penipuan dalam talian dan e-dagang.
Inisiatif ini direka bentuk untuk mendidik pengguna tentang cara mengenal pasti penipuan dalam talian dan nasihat tentang cara menavigasi platform dalam talian dengan selamat dan terjamin.
Forum tersebut diadakan secara siaran langsung di beberapa platform dalam talian seperti Shopee Live dan laman Facebook rasmi PDRM. Ia juga menampilkan tiga penceramah terkenal dengan kepakaran dalam memerangi jenayah dan perlindungan berkaitan pengguna. Para tetamu ialah:
1. SAC Willey Anak Richard, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), JSJK PDRM
2. Zulkarnain Mohd Yasin, Ketua Pegawai Kawal Selia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
3. Hasjun Hashim, Ketua Bank Negara Malaysia (CBM) Cawangan Pulau Pinang
Ahli panel juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa melakukan semakan di saluran rasmi sebelum membuat sebarang keputusan apabila dihubungi oleh sesiapa yang mengaku sebagai pegawai kerajaan atau wakil bank.
Selain itu, orang ramai juga diminta berwaspada dengan penipuan skim yang tidak jujur. Data peribadi seperti kad kredit atau butiran perbankan menarik untuk penipu kerana mereka boleh mendapat akses kepada wang mangsa mereka, selalunya memindahkan dana ke tempat yang tidak dapat dikesan dengan mudah.
Penipu atau scammer menggunakan media sosial dan aplikasi komunikasi untuk mencari mangsa seterusnya yang tidak mengesyaki apa-apa.
Jenis penipuan dalam talian yang biasa ialah penipuan pekerjaan, yang berlaku melalui WhatsApp atau SMS; penipuan pancingan data; dan taktik penyamaran, di mana penipu mendakwa dirinya dari bank, LHDN atau Shopee.
Ingat 'Berhenti, Lindungi, dan Laporkan'. Apabila pengguna menyedari penipu sedang menghubungi mereka, mereka harus menghentikan semua hubungan dan menyekat nombor mereka, melindungi diri mereka daripada kemungkinan risiko dengan menghubungi bank dan menyemak peranti mudah alih mereka untuk perisian hasad, dan akhir sekali, kumpulkan bukti dan membuat laporan polis. - DagangNews.com