KUALA LUMPUR 28 Julai - Penganjuran Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia (MLS) 2022 berjaya mengumpul sebanyak RM150,000, hasil jualan tiket sidang itu yang akan memberi manfaat kepada badan amal dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia serta di Asia Tenggara.
MLS bertemakan 'The Future of Work: Innovate, Influence, Inspire', adalah sebahagian daripada Siri Kepimpinan Asia dan dianjurkan Leaderonomics, sebuah perusahaan sosial global dengan kerjasama Together We Can Change the World (TWCCTW), sebuah organisasi berdedikasi untuk memperkasa dan mendidik wanita dan kanak-kanak di Asia Tenggara.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Leaderonomics, Roshan Thiran berkata, ia adalah sidang kemuncak terbaik setakat ini dengan pengisian dan penceramah hebatnya.
“Saya rasa apa yang peserta pelajari daripada sidang tersebut ialah perubahan tidak dapat dielakkan, dan kita semua perlu melakukannya memikirkan cara bekerja pada zaman peralihan.
"Terdapat pelbagai alatan yang tersedia dan amalan berbeza yang boleh kita pelajari untuk diterapkan untuk diri kita sendiri dan bahawa kita semua bersama-sama," katanya dalam satu kenyataan.
Pengasas Together We Can Change the World, Scott Friedman pula berkata, peserta begitu banyak kandungan dan pandangan tentang perkara yang mereka lakukan secara berbeza untuk membawa kejayaan dalam hidup mereka.
"Salah satu perkara penting yang mereka pelajari ialah cara berbeza kami mentakrifkan kejayaan dan bagaimana kita boleh pergi untuk mencapainya. Juga, betapa pentingnya perkataan yang kita gunakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sidang kemuncak itu ditaja Malayan Banking Berhad dan SP Setia Berhad, menampilkan 12 penceramah tempatan dan antarabangsa berkongsi pandangan tentang bagaimana dunia pekerjaan telah berubah, dan bagaimana perniagaan serta individu boleh berkembang maju di tempat kerja pasca pandemik.
Para hadirin MLS termasuk pemimpin perniagaan dan pemimpin C-suite daripada pelbagai organisasi Malaysia dan global, termasuk kira-kira 150 NGO serta pemimpin masyarakat yang diberikan akses percuma untuk berkembang dan belajar bersama profesional perniagaan.
Selain daripada persidangan itu, pihak MLS juga menampilkan siri perbincangan dengan usahawan, ketua pegawai eksekutif, pakar pemasaran dan ketua pegawai sumber manusia.
Acara itu juga menyaksikan pelancaran platform MAD For Good, bertujuan untuk mengubah cara orang ramai mencipta impak dalam ruang sukarelawan melalui pemadanan sukarelawan, pelaporan, penglibatan dan meningkatkan kemahiran rakan kongsinya dalam NGO dan ruang jangkauan komuniti bersama organisasi korporat.
MAD For Good di bawah Leaderonomics yang ditubuhkan pada 2011 telah menggerakkan 146,000 sukarelawan, melatih 350 NGO, dan menyelesaikan 8,257 projek NGO. - DagangNews.com