Silverlakes Village Outlet di Batu Gajah dibuka Disember ini, Taman Tema Dinosaur jadi tarikan kepada pengunjung | DagangNews Skip to main content

Silverlakes Village Outlet di Batu Gajah dibuka Disember ini, Taman Tema Dinosaur jadi tarikan kepada pengunjung

Silverlakes Village Outlet di Batu Gajah menjadi satu lagi tarikan ke Perak.
Oleh Zaki Salleh

BATU GAJAH 22 Nov - Pusat komersial Silverlakes Village Outlet (SVO) di sini dijangka dibuka sepenuhnya pada Disember ini sekali gus menjadi satu lagi tarikan baharu ke Perak.

 

Pembukaannya juga tepat pada masa iaitu menjelang sambutan Tahun Melawat Perak 2024.

 

Pengarah Urusan Silverland Capital Sdn. Bhd. (Silverland), Shaik Rizal Sulaiman berkata, pusat komersial SVO terbahagi kepada dua bahagian iaitu West Village dan North Village.

 

Menurut beliau, sehingga kini kira-kira 60 peratus peniaga telah pun bersetuju untuk membuka premis atau outlet mereka di SVO. 

 

Dinosaur
Shaik Rizal (kiri) bersama Azizan (dua dari kiri) dan Sze Yee (tiga dari kiri) pada majlis perasmian Taman Tema Dinosaur di SVO Batu Gajah.
 

 

“Kita telah membuat pelancaran West Village pada September lepas justeru fasa seterusnya ialah manakala pusat membeli belah utama, North Village.

 

“Pembukaannya nanti adalah secara berperingkat pada Disember ini,” katanya kepada pemberita.

 

Beliau ditemui selepas majlis perasmian Taman Tema Dinosaur SVO yang dibuka di kawasan komersial tersebut.

 

Hadir sama Pengerusi Silverland, Datuk Azizan Abd Rahman dan Pengerusi Jawantankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee.

 

Svo

 

Svo

 

Antara jenama yang bakal membuka premis di sini nanti ialah Al-Ikhsan, Coach, Kate Spade, Sembonia, Carlo Rino, Puma selain beberapa jenama tempatan yang terkenal.

 

Menurut Shaik Rizal, kedai-kedai di North Village akan dibuka secara berperingkat-peringkat dengan permulaan sebanyak 10 hingga 20 premis sebelum dibuka sepenuhnya.

 

Dalam pada itu, mengenai pembukaan Taman Tema Dinosaur, Shaik Rizal berkata, ia merupakan antara tarikan utama di SVO selain keistimewaan yang disediakan kepada pengunjung.

 

Svo

 

“Bagi projek Dinosaur Encounter di SVO, rekod pelaburannya adalah sebanyak RM15 juta.

 

“Tarikan pelancongan ini dijangka merancakkan aktiviti didik hibur dan mempunyai daya tarikan tersendiri untuk komuniti setempat dan juga komuniti luar. 

 

“Dinosaur Encounter ini berkonsepkan sains prasejarah yang dihidupkan dengan teknologi terkini iaitu realiti terimbuh (augmented reality) dan realiti maya (virtual reality),” ujarnya.- DagangNews.com