KUALA LUMPUR 19 Jan - Bahagian permotoran Sime Darby Berhad akan berdepan tekanan jangka pendek dari China yang mahu meningkatan jualan lebih tinggi untuk kereta elektrik BYD Atto 3 walaupun berdepan cabaran kelemahan permintaan kenderaan elektik (EV) di Malaysia.
RHB Research berkata, BYD Atto 3 merupakan antara kenderaan yang popular di Malaysia.
Walaupun berdepan cabaran, kumpulan itu menyasarkan jualan sebanyak 3,000 unit setahun untuk Atto 3 selepas menerima 1,500 tempahan pada bulan pertama selepas dilancarkan selain tiga lagi model baharu iaitu Dolphin, Seal dan e6 akan dilancarkan dalam masa terdekat.
"Pengecualian duti import dan eksais sedia ada untuk unit import sepenuhnya (CBU), BYD Auto Co Ltd, pembuat kereta utama China yang berpangkalan di Shenzhen, pada masa ini tidak berhasrat untuk membuat pemasangan tempatan.
"Pembukaan kilang komponen di Vietnam, kilang pemasangan di Thailand kami merasakan pembuat kenderaan itu akan mempertimbangkan operasi pemasangan di Malaysia selepas mengambil kira penggunaan EV yang tinggi di ASEAN," kataya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, normalisasi rantaian bekalan secara beransur-ansur dan kemungkinan perbelanjaan yang lebih rendah untuk kereta akan membuatkan jumlah jualan kenderaan menjadi lemah dari suku tahun ke suku tahun berbanding asas tahun kewangan suku pertama 2023 yang tinggi.
Sementara itu, firma itu berkata margin keuntungan kenderaan sebelum faedah dan cukai (PBIT) kumpulan berkemungkinan normal kepada paras pra pandemik 2-3% berbanding 3-5% semasa penularan COVID-19.
Mengenai bahagian perindustrian, firma itu berkata ketegangan yang semakin reda antara China dan Australia boleh membawa kepada pemulihan dalam permintaan China untuk arang batu metalurgi (MET) Australia dan mengekalkan harga MET hampir pada paras semasa sebanyak AS$310 (RM1,338) untuk setiap tan.
Firma itu berkata, keadaan itu memberi manfaat kepada segmen industri Australasia kumpulan itu.
"Kami mengurangkan unjuran pendapatan FY23-FY25 antara 5% ke 7% berdasarkan andaian yang lebih rendah untuk margin automotif China dan pemulihan industrinya," katanya.
Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah RM2.70 berbanding RM2.80 sesaham. - DagangNews.com - DagangNews.com