Simptom COVID-19 mungkin kekal 12 minggu selepas sembuh | DagangNews Skip to main content

Simptom COVID-19 mungkin kekal 12 minggu selepas sembuh

COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 8 Jun - Bekas pesakit COVID-19 berkemungkinan akan terus mengalami simptom yang berpanjangan dalam tempoh 12 minggu atau lebih.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memetik rujukan antarabangsa, NICE Guideline memberitahu, bekas pesakit berkemungkinan mengalami simptom yang berpanjangan seperti sakit badan serta lesu.

 

"Malah, ada juga pesakit yang berasa lemah ingatan dan kurang daya tumpu. 

 

"Ada juga pesakit yang masih mengalami kesukaran bernafas serta tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum mendapat jangkitan COVID-19," jelas KKM di laman Facebook rasminya hari ini.

 

.

 

Simptom berpanjangan tersebut turut dikenali sebagai Long COVID atau Post Covid Syndrome.

 

Sehubungan itu, KKM menyeru agar masyarakat terus kekal berada di rumah melainkan adanya keperluan mendesak.

 

"Amalkan 3W iaitu kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer, memakai pelitup muka yang disarankan dan mengamalkan penjarakan fizikal.

 

"Elakkan sembang dekat, elakkan pergi ke tempat yang sesak dan sempit.

 

"Daftar segera bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19 dan pastikan anda hadir mengikut temujanji yang ditetapkan. Pembentukan imuniti kelompok adalah sangat penting bagi melindungi diri kita sendiri, keluarga juga negara," tambah KKM. - DagangNews.com