Sirim, MTIB meterai MoU sokong industri kayu tempatan | DagangNews Skip to main content

Sirim, MTIB meterai MoU sokong industri kayu tempatan

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani (kiri) menunjukkan MoU yang ditandatanganinya, bersama beliau Naib Presiden Kanan, Penyelidikan Perindustrian SIRIM, Mohd Azanuddin Salleh (kanan). MTIB diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Mohd Kheiruddin Mohd Rani dan Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan dan Komersial MTIB, Mahpar Atan. MoU tersebut telah ditandatangani pada satu majlis yang diadakan secara maya, hari ini..

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani (kiri) menunjukkan MoU yang ditandatanganinya, bersama beliau Naib Presiden Kanan, Penyelidikan Perindustrian SIRIM, Mohd Azanuddin Salleh (kanan). MTIB diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Mohd Kheiruddin Mohd Rani dan Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan dan Komersial MTIB, Mahpar Atan. MoU tersebut telah ditandatangani pada satu majlis yang diadakan secara maya, hari ini.

 

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Sirim Berhad (Sirim) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bagi menyokong industri kayu tempatan.

 

MoU tersebut dibuat bagi mencapai tahap daya saing global dan pengeluaran efisien melalui teknologi Industri 4.0, mekanisasi dan automasi, pemindahan teknologi dan penggunaan teknologi hijau.

 

Melalui MoU tersebut, Sirim akan bekerjasama dengan MTIB untuk meneroka bidang teknologi yang merangkumi Industri 4.0; pembuatan mesin dan peralatan; tenaga boleh diperbaharui dan alam sekitar.

 

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sirim, Datuk Ir Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani berkata,  MoU berkenaan akan membolehkan Sirimmuntuk bekerjasama dengan persatuan dalam penyediaan bantuan perundingan dan teknikal untuk membantu industri kayu di Malaysia dalam bidang teknologi, mengesyorkan cadangan dan rancangan intervensi untuk pemain industri kayu; dan promosi teknologi Sirim serta penyelesaian inovatif atau penggunaan teknologi lain yang digunakan untuk kumpulan sasaran tertentu.

 

Ketua Pengarah MTIB, Mohd Kheiruddin Mohd Rani (kiri) menunjukkan MoU yang ditandatanganinya, bersama beliau, Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan dan Komersial MTIB, Mahpar Atan. MoU tersebut telah ditandatangani pada satu majlis yang diadakan secara maya, hari ini.
Ketua Pengarah MTIB, Mohd Kheiruddin Mohd Rani (kiri) menunjukkan MoU yang ditandatanganinya.  Bersama beliau, Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan dan Komersial MTIB, Mahpar Atan.

 

"Dalam inisiaitif, 'Pengeringan Tanur Kayu Malaysia Hybrid Tenaga Hijau untuk Masa Depan yang Mampan' yang dilakukan oleh Sirim dan Persatuan Pengusaha Kayu-kayan dan Perabot Bumiputra Malaysia (PEKA), Sirim akan memperkenalkan tiga intervensi teknologi untuk meningkatkan kecekapan tenaga, mengurangkan bil elektrik dan bahan bakar dandang di operasi kilang PEKA.

 

"Impak dari projek itu akan menghasilkan penjimatan bersih hingga 60% dari keseluruhan kos tenaga untuk operasi pengeringan, yang dianggarkan bernilai RM230,000 setahun. 

 

"Ini bermaksud penjimatan tenaga keseluruhan hampir 42% untuk keseluruhan kilang di bawah PEKA Konsortium Sdn. Bhd.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Majlis tandatangan MoU yang dijalankan secara maya itu diwakili oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sirim, Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan MTIB pula diwakili Ketua Pengarahnya, Mohd. Kheiruddin Mohd Rani. 

 

Turut hadir, Naib Presiden Kanan, Penyelidikan Perindustrian Sirim, Mohd. Azanuddin Salleh dan Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan dan Komersial MTIB, Mahpar Atan. 

 

SIRIM diwakili oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan MTIB diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Mohd Kheiruddin Mohd Rani. Hadir sama, Naib Presiden Kanan, Penyelidikan Perindustrian SIRIM, Mohd Azanuddin Salleh dan Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan dan Komersial MTIB, Mahpar Atan. MoU tersebut telah ditandatangani pada satu majlis yang diadakan secara maya, pada Khamis.
SIRIM diwakili oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan MTIB diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Mohd Kheiruddin Mohd Rani. Turut hadir, Naib Presiden Kanan, Penyelidikan Perindustrian SIRIM, Mohd Azanuddin Salleh dan Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan dan Komersial MTIB, Mahpar Atan. MoU tersebut telah ditandatangani pada satu majlis yang diadakan secara maya, hari ini.

 

Berikut adalah beberapa projek yang telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Industri Kayu;

 

  • Hybrid Tenaga Hijau Pengeringan Kayu-Kayan Tempatan ke Arah Industri Mapan
  • Pemeriksaan Visual Secara Automasi Bagi Pemeriksaan Warna dan Kecacatan Kayu ke Arah Smart Manufacturing Untuk Industri Perkayuan di Malaysia
  • Pengiraan Jejak Karbon untuk Papan Lapis daripada Batang Kelapa Sawit

 

 

Sementara itu, Ketua Pengarah MTIB, Mohd. Kheiruddin Mohd Rani memberitahu, sektor industri kayu kini sedang menghadapi cabaran yang merangkumi pandemik COVID-19, bekalan mentah tidak mencukupi, ketidakpastian senario ekonomi global, persaingan dan pergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing dan produktiviti yang rendah. 

 

"Tambahan pula, kekurangan pelaburan dalam inovasi, automasi, mekanisasi, penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C), telah membatasi potensi pertumbuhan industri kayu.

 

"Berdasarkan Rancangan Malaysia ke-12, nilai eksport kayu dan produk kayu dijangka mencecah RM28 bilion pada tahun 2025 sementara nisbah nilai tambah kepada eksport produk utama dijangka 65%:35%.

 

"Permintaan untuk kayu dan produk kayu di pasaran domestik dijangka meningkat kepada RM20 bilion pada tahun 2025," tambah beliau. - DagangNews.com