SK magic, Samsung Malaysia tawar penyaman udara pada harga serendah RM79 sebulan | DagangNews Skip to main content

SK magic, Samsung Malaysia tawar penyaman udara pada harga serendah RM79 sebulan

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Sept - SK magic Malaysia dan Samsung Malaysia Electronics menjalinkan kerjasama bagi memperkenalkan cara baharu kepada rakyat Malaysia untuk memiliki penyaman udara berteknologi WindFree Samsung dengan harga serendah RM79 sebulan.

 

Menerusi kerjasama itu, SK magic dapat mengembangkan perniagaannya dengan tawaran model penyaman udara Samsung WindFree 1.0, 1.5, 2.0 dan 2.5 kuasa kuda ke dalam siri produknya.

 

Inovasi berkenaan antara lain berfungsi dengan ekosistem Samsung SmarThings yang membolehkan orang ramai mengekalkan rumah pada suhu dengan alat kawalan jauh atau telefon pintar yang disesuaikan dengan keperluan harian.

 

Pengarah Urusan SK magic Malaysia, Andy Kim berkata, pihaknya teruja dengan kerjasama strategik bersama Samsung Malaysia Electronics kerana ia membolehkan kedua-dua pihak terus berinovasi dan menyediakan teknologi canggih yang akan meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

“Kerjasama ini juga telah membuka paradigma baharu untuk setiap penduduk Malaysia menikmati teknologi terkini pada harga yang berpatutan, di samping menawarkan persekitaran hidup yang lebih holistik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Teknologi WindFree akan mengeluarkan udara sejuk secara senyap dan perlahan melalui 23,000 lubang udara mikro sebaik sahaja pengguna memilih suhu yang diinginkan selain direka untuk menyejukkan kawasan yang besar.

 

skmagis

 

Mod Safe Sleep merupakan teknologi yang mengawal suhu bilik tidur secara automatik semasa tidur untuk mengoptimumkan pelbagai fasa kitaran tidur.

 

Dengan kerjasama strategik itu, pelanggan yang membeli penghawa dingin Samsung WindFree melalui skim sewa SK magic akan menerima pakej perkhidmatan selepas jualan secara percuma.

 

skmagis

 

Pelanggan boleh memilih daripada Pakej Sewa Lite, Asas (Basic) ataupun Istimewa (Special) untuk menikmati frekuensi perkhidmatan yang berbeza sepanjang tempoh penyewaan.

 

Bermula daripada RM109 sebulan untuk Pakej Sewa Istimewa oleh SK magic, orang ramai boleh menikmati perkhidmatan minor dan major yang kedua-duanya adalah termasuk dalam pakej beserta waranti percuma selama lima tahun. - DagangNews.com