SKM lantik Zazali, Rusli sebagai Pengerusi Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif | DagangNews Skip to main content

SKM lantik Zazali, Rusli sebagai Pengerusi Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif

Tan Sri Noh Omar (kiri)  bersama Zazali Haron (Kanan) dan  Rusli Jaafar (tengah) dan selepas menyampaikan watikah perlantikan sebagai Pengerusi Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Menara Bank Rakyat semalam.

 

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 8 Dis - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengumumkan pelantikan Zazali Haron sebagai Pengerusi Eksekutif manakala Rusli Jaafar selaku Timbalan Pengerusi Eksekutif yang baharu berkuatkuasa 1 Disember 2021.

 

SKM dalam satu kenyataan memberitahu, Zazali Haron, 59, merupakan lulusan Sarjana Perdagangan dan Pembangunan dari Eastern Michigan University.

 

"Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM sejak 21 Mei 2020. Telah berkhidmat selama 36 tahun di beberapa SKM Negeri dan Bahagian di Ibu Pejabat sejak di Jabatan Pembangunan Koperasi (kini SKM) lagi.

 

"Rusli Jaafar, 58, yang berasal dari Kuala Selangor merupakan lulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian), UKM pernah berkhidmat sebagai Pengarah SKM Negeri Selangor pada tahun 2017 hingga 2019 dan memegang jawatan Pengarah di beberapa bahagian di Ibu Pejabat. 

 

"Beliau telah berkhidmat selama 28 tahun sejak di Jabatan Pembangunan Koperasi (kini SKM) lagi," kata kenyataan itu.

 

Majlis ringkas penyerahan watikah pelantikan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar sendiri di Menara Bank Rakyat, semalam. - Dagangnews.com