SLP Resources tutup sementara kilang di Kulim, jangka pengeluaran terjejas | DagangNews Skip to main content

SLP Resources tutup sementara kilang di Kulim, jangka pengeluaran terjejas

 

 

KUALA LUMPUR 10 Sept. -  SLP Resources Bhd. menutup sementara operasi kilangnya di Kulim, Kedah mulai 9 hingga 16 September selepas terdapat kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja. 

 

Syarikat pengeluar produk pembungkusan plastik itu menerima notis daripada Kementerian Kesihatan hari ini yang mengarahkan penutupan operasi kilang bagi menjalankan kerja membasmi kuman.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, SLP Resources berkata, pihaknya juga telah melakukan ujian COVID-19 terhadap pekerja yang mempunyai kontak rapat dengan mereka yang dijangkiti. 

 

Katanya, mereka telah diasingkan dan diletakkan di bawah kuarantin dan akan menjalani pemeriksaan selanjutnya.

 

"Kami menjangkakan jualan dan pengeluaran kumpulan akan terjejas dengan penutupan sementara ini pada suku akan datang. 

 

"Bagaimanapun, syarikat akan berusaha mengurangkan sebarang kesan buruk, termasuk meneliti kemungkinan tuntutan perlindungan insurans di bawah 'penyakit berjangkit atau berjangkit'," katanya hari ini.

 

Jelasnya lagi, syarikat akan terus mengekalkan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mencegah penularan wabak COVID-19. - DagangNews.com