smart Malaysia tarik minat ramai di Acara Pratonton Eksklusif dan Pelancaran Pameran smart #1 Carlist DRIVE Auto Fair 2023 di Setia Alam | DagangNews Skip to main content

smart Malaysia tarik minat ramai di Acara Pratonton Eksklusif dan Pelancaran Pameran smart #1 Carlist DRIVE Auto Fair 2023 di Setia Alam

SHAH ALAM 30 Ogos - Susulan kejayaan pelancaran smart #1 di EVx 2023 baru-baru ini, smart Malaysia akan menganjurkan pratonton eksklusif pada 26 hingga 28 September 2023.

 

Acara ini telah menarik perhatian peminat smart dengan lebih daripada 1,000 pengunjung yang hadir dan menawarkan peluang memandu uji kereta serta interaksi secara peribadi. Sambutan yang telah diterima amat menggalakkan dengan ramai pengunjung memuji smart #1 atas ciri-ciri premium dan reka bentuknya.

 

Dalam perkembangan terbaru bagi smart Malaysia, syarikat mengumumkan bahawa persiapan sedang dijalankan untuk pembukaan pengedarnya pada masa akan datang.


 

smart

         
 

Kemuncak acara pratonton kali ini turut disertai oleh ahli ahli kelab pemilik smart, yang memeriahkan acara dengan semangat dan sokongan mereka.

 

Kunjungan itu menambahkan keterujaan dan menyemarakkan lagi acara tersebut dan mencetuskan perbincangan yang menarik mengenai trend dan teknologi automotif terkini dengan tumpuan penuh diberikan pada smart #1 yang sangat dinanti-nantikan.

 

Pameran smart #1 di Carlist DRIVE Auto Fair 2023

smart Malaysia teruja untuk mengumumkan smart #1 akan dipamerkan di Carlist DRIVE Auto Fair 2023 dengan kerjasama Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON).


 

smart3

 


Penyertaan ini adalah sebagai satu respons terhadap peningkatan minat kenderaan EV dan teknologinya. 

 

Pengunjung dijemput untuk menyaksikan smart #1 di EON smart Booth, terletak di Dewan 2 Pusat Konvensyen Setia City, dari 1 hingga 3 September 2023. Program ini dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 8 malam.  - DagangNews.com