smart Malaysia umum harga tiga model EV bermula RM189,000 hingga RM249,000 | DagangNews Skip to main content

smart Malaysia umum harga tiga model EV bermula RM189,000 hingga RM249,000

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Nov - smart Malaysia mengumumkan harga rasmi kenderaan elektrik (EV) untuk ketiga-tiga model smart #1 serba baharunya, yang bermula dari RM189,000.

 

Bagi ketiga-tiga model smart #1 itu, model Brabus dijual pada harga RM249,000, smart #1 Premium RM219,000 dan smart #1 Pro berharga RM189,000 tanpa insurans dengan cukai jualan dan perkhidmatan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, pihaknya komited untuk membentuk semula landskap mobiliti serba-elektrik premium di negara ini. 

 

Katanya, pihaknya berdedikasi untuk membentuk semula keyakinan pengguna melalui perkhidmatan selepas jualan yang luar biasa, termasuk ketersediaan alat ganti, peta pengecasan awam bersepadu dan ekosistem digital yang lancar. 

 

"Kami percaya bahawa kunci kejayaan adalah dengan mengutamakan keperluan dan keinginan pelanggan di atas setiap produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan. 

 

"Hari ini, kami meraikan peminat smart dan tidak sabar untuk mengembangkan kehadiran smart #1 di jalan raya Malaysia dan memberikan pengalaman mobiliti bandar serba elektrik yang tersendiri, premium dan pintar. 

 

 

smart

 

 

"Dengan visi kami yang bercita-cita tinggi, kami berhasrat untuk merevolusikan industri EV automotif," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Pro-Net, pengedar eksklusif smart #1 di Malaysia dan Thailand, mengukuhkan sokongannya terhadap pelan hala tuju Proton EV dengan memperolehi pandangan yang bernilai dan mewujudkan ekosistem bersepadu dengan lancar. 

 

 

smart

 

 

Ia merangkumi rangkaian pengedar, perkhidmatan selepas jualan, aplikasi digital ‘Hello smart’ yang mesra pengguna, dan pengurusan bateri voltan tinggi di Malaysia yang mempamerkan kesediaan syarikat untuk revolusi mobiliti elektrik.

 

Dengan slogan #TAKETHEsmartWAY, bersedialah untuk terpikat dengan ciri pintar model smart #1 Pro, Premium dan Brabus, masing-masing dengan ciri tersendiri, membuka jalan untuk pengalaman premium dan masa depan pemanduan berprestasi tinggi.

 

 

smart

 

 

smart #1 menampilkan sejumlah 10 kombinasi warna, termasuk Future Green, Quantum Blue, Digital White, Cyber Silver, Lumen Yellow, Laser Red, Atom Grey – Matte (Bumbung Atom), Atom Grey – Matte (Bumbung Merah), Cyber Silver (Bumbung Merah) dan Meta Black (Bumbung Merah). 

 

Selain itu, terdapat tiga variasi gaya dalaman khusus, trim 'After Dark' untuk smart #1 Pro, trim 'Dark Matter' dua tona putih dan hitam untuk smart #1 Premium, dan dalaman 'Brabus' eksklusif untuk smart #1 Brabus.

 

 

smart

 

 

Pemilik kenderaan juga boleh memilih warna eksklusif Atom Grey - Matte dengan tambahan RM5,000.

 

smart Malaysia turut memperkenalkan pemilikan premium bertujuan untuk menyampaikan perjalanan yang komprehensif dan bebas kebimbangan untuk pelanggan. 

 

 

smart

 

 

Tawaran utama termasuk, jaminan bateri bervoltan tinggi selama 8 tahun atau 200,000 km, jaminan komponen bervoltan tinggi selama 8 tahun atau 150,000 km, jaminan kenderaan selama 4 tahun tanpa had perjalanan, jaminan alat ganti selama 2 tahun tanpa had perjalanan dan bantuan perkhidmatan jalanan 24/7.

 

 

smart

 

 

Selain itu, ia menawarkan pengecas AC smartCharge percuma berharga RM3,200 dengan jaminan 2 tahun, kabel V2L percuma berharga RM800 dengan jaminan 2 tahun, pakej aksesori percuma bernilai RM2,000, 5 tahun data internet percuma dengan jumlah 60 GB dan perlindungan insuran smartPlus yang komprehensif. - DagangNews.com