Socar tawar diskaun hingga 50% sempena kempen Vacay for Real | DagangNews Skip to main content

Socar tawar diskaun hingga 50% sempena kempen Vacay for Real

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Dis - Platform sewa kereta dalam talian, Socar menawarkan diskaun sehingga 50% kepada pelanggan setia sempena promosi kempen 'Vacay for Real' pada bulan ini.

 

Penghantaran 'Socar-2-You' percuma juga akan disediakan untuk menghantar kereta ke depan pintu pelanggan, atau diambil pada penghujung perjalanan yang jauh.

 

Orang ramai boleh mendapatkan diskaun sebanyak 50% dengan membuat tempahan minimum 3 hari 28 hari lebih awal, antara 27 November 2023 hingga 20 Disember 2024 dengan penghantaran percuma Socar-2-You, dihadkan pada RM400, menggunakan kod promo VACAYFR50.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Socar, Shylendra Nathan berkata, pihaknya menawarkan alternatif yang mudah dan berpatutan untuk mengurangkan tekanan orang ramai dalam perjalanan musim perayaan. 

 

"Mereka boleh menikmati segala-galanya daripada percutian keluarga yang selesa kepada perjalanan jalan raya yang mencabar, dengan kebebasan untuk meneroka mengikut kadar mereka sendiri untuk harga serendah RM53 untuk sehari penuh," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Selain itu, mereka boleh mendapatkan diskaun sebanyak 40% apabila membuat tempahan menggunakan kod promo VACAYFR40, minimum 3 hari seminggu lebih awal, antara 27 November 2023 hingga 28 Januari 2024 dengan penghantaran percuma Socar-2-You, dihadkan pada RM350.

 

Dengan menggunakan kod promo DRIVENOW30, diskaun sebanyak 30% diberikan apabila membuat tempahan minimum 3 hari antara 20 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024, dengan penghantaran percuma Socar-2-You, dihadkan pada RM350.

 

 

socar

 

 

Sebagai bonus, perjalanan lapangan terbang juga lebih mudah dengan Socar menawarkan pengalaman yang lancar untuk jarak terakhir antara ketibaan dan pelepasan.

 

 

socar

 

 

Selain itu, pakej perbatuan Socar dan pilihan insurans memberikan ketenangan fikiran sepanjang perjalanan. - DagangNews.com