SP Setia lengkapkan pelupusan tanah 388.3 hektar berharga RM564 juta di Tebrau kepada Senibong Island | DagangNews Skip to main content

SP Setia lengkapkan pelupusan tanah 388.3 hektar berharga RM564 juta di Tebrau kepada Senibong Island

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Jun - SP Setia Bhd menerusi anak syarikatnya, Pelangi Sdn Bhd Berjaya melengkapkan penjualan tanah seluas 388.3 hektar berharga RM564 juta di Tebrau, Johor kepada Senibong Island Sdn Bhd.

 

Perjanjian itu mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat dan ia dijangka menjana keuntungan bersih sebanyak RM332 juta.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia, Datuk Choong Kai Wai berkata, transaksi itu Berjaya melengkapkan usaha mengurangkan kadar penggearan kumpulan mengikut perancangan n akan menyumbang kepada pertumbuhan positif pada masa hadapan.

 

"Dengan menguruskan struktur modal kami dengan cekap, menyalurkan sumber ke dalam projek yang sedang membangun, rasionalisasi struktur kos dan ia secara langsung meningkatkan keuntungan kami.

 

"Kumpulan ini kini berada pada kedudukan yang lebih baik untuk pengembangan dan kemampanan jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

sp setia
Datuk Choong Kai Wai

 

Beliau berkata, selain penjualan tanah itu, kumpulan itu juga memberikan tumpuan kepada mempelbagaikan aliran hasil menerusi pelbagai inisiatif termasuk pengurusan bank tanah, penerokaan pembangunan industry dan pengembangan serantau di Vietnam serta Australia. 

 

"Kumpulan itu juga sedang menjalankan persediaan untuk penubuhan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) bertujuan untuk mempamerkan portfolio aset yang pelbagai, yang berpotensi termasuk kompleks runcit, bangunan pejabat, sekolah dan pusat konvensyen.

 

"Strategi ini sejajar dengan komitmen syarikat terhadap kecemerlangan dan inovasi, memacu pertumbuhan sambil memberikan nilai kepada pihak berkepentingan," katanya. - DagangNews.com