Spritzer bawa kemeriahan musim cuti ke Taiping | DagangNews Skip to main content

Spritzer bawa kemeriahan musim cuti ke Taiping

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Tahun 2021 hanya beberapa hari lagi dan Spritzer Malaysia (“Spritzer” atau “Syarikat”), yang mengeluarkan air mineral semula jadi paling laris di Malaysia, menganjurkan sambutan musim cuti dengan Perayaan Tahunan Spritzer 2020 yang akan diadakan di Spritzer EcoPark di Taiping, Perak dari 19–27 Disember 2020.

 

Mari sertai keseronokan musim percutian ini dan menyambut kedatangan tahun baharu. Keluarga-keluarga boleh bersiar-siar di Spritzer EcoPark, taman lanskap hijau dan mesra alam sekitar yang menempatkan kilang pembotolan Syarikat berhampiran hutan tropika 200 juta tahun yang masih dikekalkan dalam keadaan semula jadinya.

 

Berikutan peraturan semasa disebabkan pandemik, Spritzer menyediakan sebilangan aktiviti untuk kanak-kanak dan keluarga di tapak sambutan, yang mematuhi prosedur standard operasi (“SOP”) penjarakan sosial. 

 

Sertai Permainan Golf Mini dan menangi edisi terhad air mineral Spritzer di dalam botol golf. Terdapat juga banyak lokasi untuk Instagrammable di sekitar EcoPark di mana keluarga boleh bergambar untuk disiarkan di dalam Instagram dan merakam kenangan manis.

 

aaa
Kemeriahan Krismas di Spritzer EcoPark, Taiping, Perak.

 

Nikmati juga juadah manisan kerana musim percutian yang tidak akan lengkap tanpa bertih jagung (popcorn) dan alusmitai (cotton candy). Bagi mereka yang mahu membeli hadiah sempena Krismas, urusan penghantaran boleh dilakukan dengan kakitangan Spritzer.

 

"Kami maklum bahawa ramai akan ternanti-nanti untuk acara Kraf DIY sepanjang hari di mana mereka boleh menguji kemahiran kreatif mereka membuat perhiasan bertema Krismas daripada bahan-bahan kitar semula, suatu pengalaman di mana ahli keluarga boleh sama-sama menikmati keseronokan," kata Spritzer dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Perayaan Tahunan Spritzer 2020, sila lawa Facebook Spritzer EcoPark di www.facebook.com/SpritzerEcopark atau Instagram di www.instagram.com/spritzerecopark.

 

Mengenai Spritzer Bhd

Kumpulan Syarikat-syarikat Spritzer terdiri daripada lapan subsidiari perniagaan, mengkhusus kepada pengilangan dan pengedaran air mineral semula jadi, air mineral semula jadi sparkling, air minuman disuling, air berperisan tidak berkarbonat dan air berfungsi. Syarikat telah beroperasi lebih daripada 30 tahun dan merupakan pengeluar air berpotel terbesar, tertua dan satu-satunya yang tersenarai di Bursa Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila lawat https://www.spritzer.com.my/.