SPRM kesan 2 individu bantu siasatan | DagangNews Skip to main content

SPRM kesan 2 individu bantu siasatan

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah. 

Bagi kes pertama, Bahagian Operasi Khas (BOK) sedang mengesan seorang wanita bernama Mala K.N.K Nair, 61, yang mempunyai alamat terakhir di No. 6, Lorong Dato Sulaiman 2, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur. 

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Pesuruhjaya, Mohd. Nasir Ahmad Tajudin di talian 016-3761940. 

“Sementara itu bagi kes kedua, SPRM Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki, Di Thien Chon, 50, yang mempunyai alamat terakhir di No 29, Jalan Dato Haji 1, Taman Tan Yew Lai, 58200, Kuala Lumpur,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Thien Chon diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Firdaus Md Saad di talian 03-9206 5000 atau 019-4728260. - DagangNews.com