SPRM lancar portal Bahasa Mandarin | DagangNews Skip to main content

SPRM lancar portal Bahasa Mandarin


SHAH ALAM 18 Sept. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini secara rasmi telah melancarkan portal berbahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara-perkara berkaitan suruhanjaya ini.

Portal tersebut dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini.

Sehubungan itu, SPRM berharap dengan kemudahan terbaharu ini, ia dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM dan agenda antirasuah di samping menyebarluas mesej pendidikan pencegahan rasuah.

Portal berkenaan boleh dilayari di pautan https://www.sprm.gov.my/cn/ - DagangNews.com