StorHub Group dari Singapura ambil alih pegangan majoriti dalam Flexi Storage | DagangNews Skip to main content

StorHub Group dari Singapura ambil alih pegangan majoriti dalam Flexi Storage

Desmond How (kiri) dan Mike Hagback (dua dari kanan) ketika merasmikan pembukaan StorHub Self Storage di Jalan Klang Lama.
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Pengendali ruangan penyimpanan terbesar di Singapura, StorHub Group mengambil alih pegangan majoriti dalam syarikat peneraju penyimpanan di Malaysia, Flexi Storage. 

 

Pengambilalihan itu menandakan kehadiran kumpulan itu di 15 bandar, seperti di Australia, Thailand, China, Jepun dan Korea Selatan.

 

Dari segi ruang fizikal, ruang penyimpanan milik StorHub Group kini menjangkau lebih 5.1 juta kaki persegi keluasan lantai kasar dan lebih daripada 70,000 unit storan sendiri di seluruh rantau Asia Pasifik.

 

Ketua Pegawai Eksekutif StorHub Self Storage Malaysia, Desmond How berkata, pihaknya gembira menjadi sebahagian daripada kumpulan StorHub, di samping pengendali ruangan penyimpanan sendiri yang paling mampan di Singapura. 

 

"Di Malaysia, kadar penghunian kemudahannya telah mencecah kadar hampir 90%, mendorong kepada peningkatan pertumbuhan kami," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

desmod
Desmond How

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan StorHub Group, Mike Hagbeck berkata, dengan pengalaman lebih 20 tahun menjadi pengendali penyimpanan di Singapura dan Asia Pasifik, pihaknya kekal dengan matlamat menjadi syarikat dominan dalam perniagaan itu di Rantau Asia Pasifik.

 

"Kami menyasarkan untuk membawa bersama banyak pengalaman dalam membina kemudahan penyimpanan diri yang selamat dan terjamin serta memahami keperluan pelanggan penyimpanan di Malaysia.

 

"Semasa pandemik, industri penyimpanan mencatatkan peningkatan permintaan selepas sekatan pergerakan memberi kesan kepada industri lain dengan orang ramai ke ruangan simpanan sendiri untuk menyimpan barang atau inventori peribadi.

 

stor

 

"Selepas pandemik, industri penyimpanan diri ditetapkan untuk pertumbuhan yang teguh, dengan penerimaan yang semakin meningkat terhadap storan diri sebagai pilihan, urbanisasi dan perubahan gaya hidup serta sikap terhadap ruang kediaman memacu segmen ini," katanya.

 

Bagi menandakan pengambilalihan itu, kemudahan StorHub Self Storage Malaysia keempat telah dilancarkan di Jalan Klang Lama dan ia merupakan kemudahan pertama yang terletak di dalam bangunan kediaman, dengan matlamat untuk memanfaatkan komuniti jiran di Taman OUG, Taman Kinrara, Taman Damai Utama, Bandar Baru Sri Petaling dan Mid Valley City.

 

stor

 

StorHub menawarkan penyelesaian storan sendiri kepada pelanggan yang ingin mempertingkatkan ruang mereka di rumah dan di pejabat supaya mereka dapat menikmati kehidupan dalam ruang yang teratur. 

 

Ruang simpanan sendiri boleh didapati daripada 10 kaki persegi sehingga lebih 400 kaki persegi, dengan yuran penyimpanan bermula RM95.50 sebulan.- DagangNews.com