Subsidiari TNB Allo dan GSPARX Allo raih Anugerah SEBA 2020 | DagangNews Skip to main content

Subsidiari TNB Allo dan GSPARX Allo raih Anugerah SEBA 2020

Pengarah Urusan GSPARX, Elmie Fairul Mashuri (tengah) memegang trofi Anugerah Jenama Terbaik dalam Perkhidmatan Infrastruktur Jalur Lebar Syarikat Telekomunikasi, bersama Ketua Pembangunan Perniagaannya,, Hanis Siraf an Pakar Teknikal Jualan & Pemasarannya, Sharifah Salwah Syed Othman. - Gambar TNB

 

 

KUALA LUMPUR 5 April - Tenaga Nasional Bhd (TNB) membolot anugerah berganda pada majlis Anugerah Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan Ke-5 (Anugerah SEBA) menerusi dua subsidiari milik penuhnya GSPARX Sdn Bhd dan Allo Technology Sdn Bhd yang meraih anugerah PKS terbaik.

 

Ketua Pegawai Runcit TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, TNB berbesar hati dengan pengiktirafan yang diberikan terhadap GSPARX atas usahanya dalam memacu peralihan tenaga di Malaysia kepada tenaga boleh baharu. 

 

“Ia menunjukkan kami berada di landasan yang betul dalam usaha kami meningkatkan inisiatif untuk mencapai agenda hijau negara,” katanya dalam kenyataan media di sini. 

 

GSPARX, entiti utama yang menyediakan penyelesaian panel fotovoltaik (PV) solar bumbung kepada pelanggan runcit di Malaysia meraih anugerah Jenama Terbaik dalam Penyelesaian Solar Bumbung dalam Memperkasa Tenaga Hijau pada majlis yang diadakan pada 15 Mac 2021, di Kuala Lumpur.

 

TNB
Ketua Pegawai Eksekutif Allo Rodzi Ahmad (tengah) memegang anugerah Jenama Terbaik Perkhidmatan Infrastruktur Jalur Lebar Telko pada majlis Anugerah IKS dan Perniagaan Usahawan ke-5, bersama Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan (Hubungan Awam dan Dalaman) TNB, Ir. Shah Nawaz Asan Gany (kiri). - Gambar TNB

 

Allo, pemain utama dalam pembangunan infrastruktur jalur lebar kelajuan tinggi (HSBB) untuk menyokong pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) kerajaan memenangi anugerah Jenama Terbaik dalam Perkhidmatan Infrastruktur Jalur Lebar Syarikat Telekomunikasi. 

 

Anugerah SEBA merupakan inisiatif tahunan yang dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia, yang bertujuan menyediakan platform kepada usahawan bagi pengiktirafan perangkaian dan pertumbuhan berterusan. 

 

Ia memberi penghargaan kepada syarikat yang mencatatkan prestasi cemerlang dalam industri mereka dalam bidang strategi perniagaan, metrik pertumbuhan dan amalan terbaik. - DagangNews.com