Sukarelawan Spritzer bantu pulihara batu karang di Pulau Tioman | DagangNews Skip to main content

Sukarelawan Spritzer bantu pulihara batu karang di Pulau Tioman

 

TAIPING 29 Sept. – Pengeluar air mineral semulajadi paling laris di Malaysia, Spritzer Malaysia baru-baru ini menyempurnakan inisiatif pemuliharaan dan penanaman semula batu karang di dasar laut sekitar Salang, Pulau Tioman, Pahang bagi membantu memulihara ekosistem marin kawasan tersebut.

Inisiatif itu membentuk sebahagian daripada  “Program Pemuliharaan Pulau” Spritzer dan dibantu oleh pertubuhan bukan kerajaan, LegeS Divers yang membantu memantau batu-batu karang dan mengemas kini maklumat kepada Spritzer mengenai kemajuannya.

Sukarelawan Spritzer, dengan kerjasama LegeS Divers, membantu di dalam kerja-kerja penanaman semula dan pemuliharaan batu karang di pesisiran pantai Salang. Inisiatif ini begitu penting kepada ekosistem laut di sekitar Pulau Tioman kerana batu karang memberi perlindungan kepada banyak spesies ikan dan juga melindungi garis pantas daripada ribut taufan dan hakisan.

Sukarelawan Spritzer juga membantu sukarelawan daripada komuniti tempatan dan LegeS Divers dari 18 – 20 September 2020 mengutip sampah sarap di pantai selain di dasar laut bagi mewujudkan alam sekitar yang lebih bersih di kedua-dua daratan dan laut.

“Program Pemuliharaan Pulau” adalah sebahagian daripada sumbangan Syarikat kepada kelestarian alam sekitar selain mencetuskan kesedaran dalam kalangan kakitangan mengenai kepentingan planet memiliki sistem ekologi yang teguh. - DagangNews.com
 

aaa