Sultan Selangor terima menghadap Naib Canselor UPM | DagangNews Skip to main content

Sultan Selangor terima menghadap Naib Canselor UPM

SHAH ALAM 20 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu, Profesor Dr Mohd Roslan Sulaiman di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam di sini pada Khamis.

 

Selangor Royal Office dalam satu kenyataannya memaklumkan, pelantikan Mohd Roslan berkuat kuasa 1 September depan sehingga 31 Ogos 2023.

 

"Baginda yang juga Canselor UPM diberi taklimat ringkas mengenai visi dan hala tuju universiti itu khususnya dalam aspek pemerkasaan bidang penyelidikan dan juga sektor pertanian berteknologi tinggi," kata kenyataan itu melalui status dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office pada Khamis.

 

 

sultan

 

 

Kenyataan itu memberitahu, turut berangkat pada pertemuan itu ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. - DagangNews.com