Sunway bantu bayar bil utiliti badan kebajikan | DagangNews Skip to main content

Sunway bantu bayar bil utiliti badan kebajikan

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Sebagai maklum balas kepada rumah-rumah kebajikan yang terjejas teruk semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – dengan duit sumbangan menyusut dan sukarelawan lebih sukar untuk menghulurkan bantuan – warga kerja Sunway, menerusi #SunwayforGood Fund, telah menyalurkan hampir RM130,000 bagi membayar bil elektrik, sehingga tempoh enam bulan kepada 16 rumah kebajikan di seluruh negara.

Memenuhi
 tanggunjawab sosial, menerusi #SunwayforGood Fund, warga kerja Sunway telah bersama-sama berganding bahu menyalurkan bantuan hampir RM 130,000 dengan membayar bil eletrik, sehingga tempoh enam bulan kepada 16 buah rumah kebajikan di seluruh negara yang terjejas teruk apabila kadar sumbangan yang menyusut semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

#SunwayforGood Fund diwujudkan sebagai satu daripada inisiatif Sunway untuk membantu mengurangkan kesulitan masyarakat yang berpendapatan paling rendah 40% dan golongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan susulan PKP.

Dalam beberapa hari penguatkuasaan PKP, #SunwayforGood Fund ditubuhkan dengan kolaborasi Yayasan Jeffrey Cheah, diperkenan dan disokong penuh oleh pengurusan kanan untuk mengutip derma daripada semua warga kerja Sunway untuk tujuan kebajikan. Lebih daripada RM800,000 dikumpul daripada ratusan penderma. Sehingga kini, #SunwayforGood Fund telah memberi manfaat kepada lebih daripada 160,000 penerima B40 sejak PKP.

 

sunway
Penghuni-penghuni rumah kebajikan Johor Cheshire Home membuat kraftangan untuk dijual yang hasilnya diguna oleh rumah kebajikan untuk menampung kos penyenggaraan.


Dengan kolaborasi bersama Yayasan Jeffrey Cheah, #SunwayforGood Fund mendapat sokongan penuh oleh pihak atasan Sunway bagi mengutip sumbangan daripada semua warga kerja Sunway untuk tujuan kebajikan. Lebih daripada RM800,000 terkumpul daripada ratusan penderma. Sehingga kini, dana #SunwayforGood telah memberi manfaat kepada lebih daripada 160,000 penerima B40 sejak PKP.

Timbalan Pengerusi Eksekutif Sunway Group Tan Sri Datuk Seri Razman M. Hashim berkata, “Kami melakukan semua ini kerana kita dimaklumkan mengenai kesulitan yang dihadapi oleh kebanyakan rumah kebajikan daripada segi kewangan, kerana sumbangan yang biasanya diperoleh daripada orang ramai berkurangan akibat PKP dan COVID-19. Kami berharap ia dapat mengurangkan beban kewangan yang dihadapi rumah-rumah kebajikan ini dan membantu mereka beroperasi semasa waktu-waktu sukar sekarang.”

Dr. Ben C Ng dari Johor Cheshire Home berkata, “Kami terkesan teruk semasa PKP tetapi terima kasih Sunway yang membantu kami menjelaskan bil elektrik, sekaligus membolehkan kami meneruskan kerja kami membantu mereka yang memerlukan.”

Kesemua 16 rumah kebajikan yang menerima bantuan pembayaran bil elektrik terletak di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. Mereka adalah Rumah Pengurusan Al-Firdaus, Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Pusat Jagaan Anbe Sivam, Pertubuhan Kebajikan Ehsan As-Shakur, Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Pinang Klang, Johor Cheshire Home, Pertubuhan Kebajikan Puspanesam, Rumah Sinar Kebahagian, Shammah Children Home, Pusat Jagaan Sinar Ceria, Rumah Sejahtera Permatang Tinggi, Pertubuhan Rumah Sinar, House of Hope, Pusat Jagaan Rumah Juara Puchong, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan OKU Mesra, dan Rumah Hope.

Sebelum ini, melalui hasil #SunwayforGood Fund juga, Sunway menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Yayasan Kebajikan Negara. Dana itu juga digunakan bagi menyediakan pek bantuan “StaySafe” yang mengandungi pelitup muka, vitamin C dan cecair sanitasi untuk para petugas barisan hadapan termasuk yang terlibat dengan perkhidmatan penting dan kritikal di seluruh Kumpulan Sunway. Ini bagi memastikan keutamaan keselamatan mereka semasa melaksanakan tugas.

Kakitangan barisan hadapan Sunway merangkumi petugas penjagaan kesihatan di  Pusat Perubatan Sunway di Sunway City Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Sunway Velocity di Cheras, yang telah bekerja bertungkus-lumus; penjaga zoo yang berterusan menjaga haiwan-haiwan di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun; ratusan pekerja hotel di seluruh aset milik Sunway di seluruh negara; pekerja penyenggaraan kemudahan serta pegawai keselamatan dan polis bantuan yang memastikan keselamatan  komuniti di perbandaran Sunway. - DagangNews.com