Sunway Construction peroleh projek bina pusat data bernilai RM747.8 juta di Selangor | DagangNews Skip to main content

Sunway Construction peroleh projek bina pusat data bernilai RM747.8 juta di Selangor

KUALA LUMPUR 22 Mac - Sunway Construction Group Bhd (SunCon) memperoleh projek bernilai RM747.8 juta untuk membina pusat data di Selangor.

 

Kumpulan itu berkata, unit milik penuhnya Sunway Construction Sdn Bhd memeterai projek permintaan perkhidmatan dengan sebuah perbadanan teknologi multinasional yang beribu pejabat di Amerika Syarikat untuk tugas itu.

 

SunCon, yang mengumumkan projek itu dalam pemfailan dengan Bursa Malaysia, tidak memberikan nama dan butiran lain syarikat multinasional berkenaan.

 

Kumpulan tersebut berkata, kerja-kerja itu dijadualkan bermula selewat-lewatnya pada 15 Mei ini dan dijangka siap menjelang suku kedua 2027.

 

Ia menandakan projek kedua SunCon tahun ini, menjadikan jumlah buku pesanan tertunggaknya kepada RM6.9 bilion.

 

Bulan lalu, kumpulan itu memperoleh projek bernilai RM721 juta untuk pembinaan pusat beli-belah di daerah Kinta, Perak, dalam transaksi pihak berkaitan. - DagangNews.com