Sunway manfaatkan pemulihan ekonomi, catat peningkatan dalam setiap segmen kumpulan | DagangNews Skip to main content

Sunway manfaatkan pemulihan ekonomi, catat peningkatan dalam setiap segmen kumpulan

Oleh NABILA YASMIN RAZIB 

KUALA LUMPUR 19 Jan -  Sunway berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pemulihan ekonomi ditambah dengan peningkatan dalam setiap segmen di seluruh kumpulan. 

 

AmInvest Research berkata, ia optimis bagi tinjauan jangka panjang Sunway berdasarkan jualan belum dibil yang kukuh sebanyak RM3.8 bilion atau 6x hasil pembangunan hartanah FY21F selain buku pesanan tertunggak yang kukuh berjumlah RM4.7 bilion (2.8x hasil pembinaan TK21F).

 

Selain itu,  pelan pengembangan dalam perniagaan penjagaan kesihatannya yang boleh meningkatkan kapasiti katil sebanyak 82% pada FY23F turut membantu memberikan momentum positif terhadap pertumbuhan kumpulan berkenaan.

 

"Kami mengekalkan pengesyoran BELI di Sunway dengan nilai saksama terbitan yang tidak berubah sebanyak RM2.21/saham.

 

"Sementara menunggu keputusan FY21F syarikat bulan depan, kami mengekalkan ramalan pendapatan kami walaupun syarikat itu melebihi sasaran jualan tahun penuh 2021 sebanyak RM2.2 biionl sebanyak 16% kepada rekod tertinggi sepanjang masa sebanyak RM2.6bil (+92% YoY). 

 

"Kami percaya keuntungan bersih FY21F kami adalah utuh kerana 4QFY21 perlu menyumbang 41% kepada pendapatan setahun penuh," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

 

Sebagai perbandingan, kumpulan itu biasanya melaporkan pendapatan paling kukuh dalam 4Q, yang menyumbang 37%–48% sepanjang 2 tahun yang lalu.

 

Sunway merancang untuk melancarkan projek bernilai RM2.3 bilion (-28% YoY) dengan sasaran jualan FY22F sebanyak RM2.2 bilion (-16% YoY). 

 

Tumpuan sasaran pelancaran dan jualan yang lebih rendah adalah pembangunan tempatan (59%), diikuti oleh Singapura (29%) dan China (12%). 

 

Di peringkat tempatan, 59% daripada produk kediaman (bertingkat tinggi) akan dilancarkan di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur (KL), dengan 22% (harta tanah) di Johor, 14% (rumah bandar) di Pulau Pinang dan 5 % (rumah bandar) di Ipoh. -DagangNews.com