Sunway RE Capital-MBU Capital jalin kerjasama urus dana penginapan pelajar di UK | DagangNews Skip to main content

Sunway RE Capital-MBU Capital jalin kerjasama urus dana penginapan pelajar di UK

Sunway

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 10 Mac. - Syarikat yang mengfokuskan kepada pelaburan hartanah, Sunway RE Capital mengumumkan kerjasama dengan kumpulan pelaburan di London, MBU Capital bagi menguruskan aset penginapan pelajar atau Purpose Built Student Accommodation (PBSA) di United Kingdom (UK).

 

Kerjasama antara dua benua itu memfokuskan kepada pelaburan dan pengurusan aset yang telah dimulakan melalui gabungan aset dan ekuiti yang mudah digunakan berjumlah £ 110 juta.

 

Dana berkenaan disokong oleh permintaan positif bagi penempatan pelajar sarjana dan penginapan pelajar yang meningkat akibat kelewatan pembinaan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MBU Capital, Mohammed Iqbal berkata, pihaknya tidak menjangkakan peningkatan penghunian pelajar dalam masa terdekat, tetapi pelajar sepenuh masa di UK telah mencapai tahap tertinggi dan bersedia untuk meningkat.

 

"Dana ini memberi peluang kepada pelabur untuk memanfaatkan pasaran pelajar UK yang menarik dengan rakan kongsi yang mapan dan dipercayai," jelasnya dalam satu kenyataan.

 

Data yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Kemasukan Universiti dan Kolej (UCAS) turut mendedahkan peningkatan 2% tahun ke tahun dalam jumlah keseluruhan pemohon pada Jun 2020 selain peningkatan ketara bagi permohonan pelajar antarabangsa.

 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sunway RE Capital, Dr. Tan Kok Heng berkata, pihaknya yakin bahawa UK berkemungkinan besar akan kekal menjadi salah satu lokasi tumpuan pelajar paling terkenal di dunia.

 

Tan Kok Heng
Tan Kok Heng

 

"Susulan itu, permintaan dari luar negara bagi pendidikan berkualiti tinggi dijangka meningkat setelah sekatan perjalanan dilonggarkan.

 

"Kami optimis dengan sektor ini dan kami telah menyusun pasukan pengurusan dana yang mempunyai rekod pencapaian dan penyediaan stok institusi bertaraf dunia," jelas beliau.

 

Pasukan pengurusan dana juga akan membina portfolio dan infrastruktur yang berkaitan dengan pengalaman kelas terbaik sebagai persediaan untuk keluar daripada penyenaraian Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) dalam masa tiga tahun. - DagangNews.com