SuperNice Express pacu industri bersama Scania | DagangNews Skip to main content

SuperNice Express pacu industri bersama Scania

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 5 Jan - SuperNice Express, jenama untuk Express Seni Budaya (M) Sdn. Bhd., telah berkembang dengan empat koc baharu dan enam koc terpakai bagi memacu industri serta pasaran.

 

Koc Supernice Express itu dibiayai Scania Credit Malaysia Sdn Bhd, di bawah perkongsian Scania Ecolution.

 

Tambahan 10 koc SuperNice terdiri daripada empat unit Scania K360IB4x2 baharu, ditambah enam Scania K360IB4x2 (empat unit) dan Scania K310IB4x2 (dua unit) yang diperbaharui.

 

Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Heba El Tarifi berkata, SuperNice adalah salah satu pemain utama di utara untuk memacu pasaran koc ekspres dan industri pengangkutan penumpang ke arah momentum menaik, yang membawa kepada pemulihan ekonomi lebih cepat.

 

"Momentum ini disokong penyelesaian menyeluruh Scania, yang membawa kepada keuntungan dan kemampanan yang lebih baik untuk syarikat mereka," katanya dalam kenyataan.

scania

Menerusi bantuan kewangan Scania, SuperNice akan mendapat manfaat daripada penyelesaian pembiayaan fleksibel Scania Credit Malaysia yang menyediakan kos boleh diramal sepanjang keseluruhan kitaran hayat koc Scania. 

 

Ia adalah penyedia sehenti yang memberi tumpuan kepada penawaran pakej kewangan mengikut kesesuaian dan kemampanan pelanggan selaras dengan keperluan perniagaan mereka. 

scania

Scania Credit Malaysia menawarkan penyelesaian insurans yang membantu meminimumkan kerugian kewangan dan pengendalian kerosakan mereka sambil mengoptimumkan masa operasi. 

 

SuperNice kini boleh menghargai cara memanfaatkan kemudahan kredit yang ditawarkan supaya boleh menggunakan wang tunainya untuk pelaburan lain, pada masa yang sama mengekalkan aliran tunai stabil untuk perniagaan.

 

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Kumpulan Unimax, Joshua Tan pula berkata, hakikat bahawa syarikat itu mengekalkan koc beroperasi di dalam negeri melalui Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkat (PKPD) COVID-19 memastikan sektor bas ekspres terus berjalan.

 

"Scania Ecolution benar-benar berfungsi dalam mengurangkan penggunaan bahan api kami dan meningkatkan keuntungan sambil mengurangkan jejak karbon kami," katanya.

 

Tan berkata, ini juga memberi peluang kepada perkongsian Ecolution syarikat dengan Scania untuk bekerja, menghasilkan keputusan Ecolution positif yang mendorong Unimax untuk melabur 10 lagi koc Scania lagi dengan Scania Ecolution.

 

Kesemua 24 koc Scania didatangkan dengan kotak gear opticruise standard, penggantungan udara, sistem brek elektronik depan dan belakang, retarder dan sensor penggera tiga kebakaran.

 

Ciri-ciri ini mengangkat koc SuperNice Scania sebagai pilihan pertama untuk penumpang yang terjamin perjalanan yang selesa dan selamat, justeru memberikan mereka pulangan nilai untuk wang yang sangat baik. - DagangNews.com