Syarikat bersekutu HSS Engineers sediakan perkhidmatan rundingan projek MRT 3 bernilai RM11.29 juta | DagangNews Skip to main content

Syarikat bersekutu HSS Engineers sediakan perkhidmatan rundingan projek MRT 3 bernilai RM11.29 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 April - HSS Engineers Berhad menerusi syarikat bersekutunya, HSSI Intergrated Sdn. Bhd. menerima surat lantikan (LOA) daripada Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. bagi menyediakan perkhidmatan rundingan bagi projek MRT 3.

 

HEB dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, perkhidmatan itu merangkumi dokumentasi tender untuk kerja-kerja kejuruteraan awam bagi kontraktor utama dan kontraktor sistem talian untuk Projek MRT 3: Laluan Lingkaran.

 

Katanya, nilai perkhidmatan itu dianggarkan RM11.29 juta dan dijadual bermula pada 15 April 2022 selama 11 bulan.

 

"Perkhidmatan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dana set bersih HEB Group untuk tahun kewangan berakhhir 31 Disember 2022.

 

"Perkhdimatan itu bagaimanapun tidak akan memberi sebarang impak kepada modal saham atau struktur pemegang saham HEB," katanya.

 

HEB berkata, antara faktor yang mempengaruhi perkhidmatan itu termasuk kebergantungan terhadap kemajuan dan penyerahan dokumentasi tender kerana HSSI berperanan menyemak dan mengesahkan tender berkenaan seperti yang ditetapkan di dalam kontrak.

 

Bagaimanapun, HEB Group mempunyai rekod cemerlang dan kemahiran dalam melaksanakan tugas itu sejak beberapa tahun.

 

"Lembaga Pengarah percaya HEB Group mampu mengurangkan faktor risiko seperti yang dinyatakan," katanya. - DagangNews.com