Syarikat perlu galakkan penyertaan lebih ramai pekerja wanita | DagangNews Skip to main content

Syarikat perlu galakkan penyertaan lebih ramai pekerja wanita

pekerja wanita

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 12 Mac. - Syarikat-syarikat di Asia Pasifik termasuk Malaysia perlu memberi peluang dan menggalakkan penyertaan pekerja daripada golongan wanita. 

 

Ketua Perhubungan Masyarakat Asia 3M, Rozl Bautista memberitahu, inisiatif itu dilihat perlu kerana jumlah pekerja wanita adalah kurang akibat penularan wabak COVID-19, sekali gus memberi kesan kepada kesaksamaan jantina.

 

Katanya, Pertubuhan Buruh Antarabangsa melaporkan bahawa pekerjaan bagi wanita di Asia Pasifik menurun sebanyak 4.6% lebih daripada jumlah 4% penurunan bagi lelaki.

 

Rozl Bautista
Rozl Bautista

 

Di Malaysia pula, jumlah pekerja wanita menurun sebanyak 2.5% pada suku kedua 2020, iaitu lima kali ganda daripada pekerja lelaki.

 

"Sudah tiba masanya bagi syarikat-syarikat untuk memperbaiki keadaan - daripada menukar amalan hinggalah kepada menggalakkan penyertaan lebih ramai pekerja wanita.

 

"Kesaksamaan jantina yang sebenar adalah lebih daripada waktu bekerja fleksibel," katanya dalam satu kenyataan.


 

Berikut adalah beberapa cara bagaimana syarikat boleh terus menangani isu ini dalam norma baharu;


1) Mulakan inisiatif yang menjuarai kepimpinan wanita secara langsung

  • Dengan menyediakan platform sebagai panduan dan mentor, ia akan membantu membangunkan pemimpin di setiap peringkat bagi mempercepatkan penyertaan dan kemajuan wanita. 
  • Forum Kepimpinan Wanita 3M (WLF) adalah satu contohnya. Ia kini mempunyai lebih daripada 5,000 orang pekerja di 65 cawangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

 

2) Membentuk semula proses pengambilan dan temuduga untuk memastikan peluang yang adil

  • Menurut perunding pengambilan pekerja global Hays, tiga kaedah utama organisasi di Asia yang proaktif mencari calon yang pelbagai termasuklah rujukan pekerja; menggunakan data untuk memilih saluran yang menghasilkan kepelbagaian yang paling tinggi; dan bekerjasama dengan agensi pakar pengambilan pekerja untuk mendapatkan pemohon yang tergolong dalam kumpulan kurang diwakili.
  • Dengan sasaran kumulatif merentasi semua kategori kepelbagaian bagi menggandakan saluran bakat pelbagai dalam pengurusan di peringkat global daripada 32.6% kepada 65.2%, 3M berusaha untuk menghapuskan semua bentuk budi bicara dan bias individu daripada proses temuduga, dan melabur dalam sistem pengurusan temuduga yang baru bagi memberi tumpuan kepada pengambilan berasaskan kemahiran.

 

3) Memperkenalkan latihan pekerja untuk menangani unsur berat sebelah yang tidak sedar

  • Ini akan dapat membantu majikan mengenalpasti dan memahami potensi berat sebelah dan alat yang diperlukan untuk mengubahnya.

 

4) Menyokong pihak tidak berkeuntungan yang memberi tumpuan kepada kesaksamaan jantina

  • Sebagai contoh, 3M bekerjasama dengan ASEAN Foundation, United Way Worldwide, dan Community Chest dari Korea bagi program ASEAN CARES untuk membantu menyokong program bantuan COVID-19 di Malaysia dan Thailand, dengan menyediakan akses kepada makanan dan kebersihan asas. 
  • Kebanyakan penerima termasuklah isi rumah yang diketuai wanita, wanita yang mengandung dan menyusukan anak, dan kumpulan individu dan komuniti lemah yang lain.

 

Dalam kenyataan yang sama, beliau memberitahu, kepelbagaian dan kesaksamaan jantian memberi manfaat dalam tempoh mencabar kini.

 

Perkara tersebut juga dilihat menjadi keperluan kepada syarikat bagi mengukuhkan inisiatif dan dasar-dasar kesaksamaan yang semakin penting. - DagangNews.com