Syed Feizal Syed Mohammad
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Syed Feizal Syed Mohammad dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan MSM Malaysia Holdings Bhd. berkuatkuasa 1 Februari 2021.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MSM berkata, dengan pelantikan itu, Fakhrunniam Othman bukan lagi Pemangku CEO Kumpulan (AGCEO) berkuat kuasa pada hari yang sama.
Pada 9 Oktober 2020, MSM Malaysia mengumumkan pelantikan Fakhrunniam sebagai AGCEO pada 8 Oktober 2020 sehingga lembaga itu mengenal pasti calon yang sesuai untuk jawatan CEO.
Syed Feizal, 56, ketika ini berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Borneo United Consortium Sdn Bhd.
Beliau juga Pengarah Eksekutif IBC Industrials Co Ltd, Thailand dari Julai 2020 hingga Januari 2021 dan wakil khas Fleet Energy Inc dari Februari 2019 hingga Januari 2021. - DagangNews.com