Syed Mashafuddin Syed Badarudin dilantik sebagai CEO Affin Islamic Bank | DagangNews Skip to main content

Syed Mashafuddin Syed Badarudin dilantik sebagai CEO Affin Islamic Bank

KUALA LUMPUR 27 Okt - Affin Bank Bhd melantik Datuk Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Affin Islamic Bank Bhd berkuat kuasa 8 November 2022.

 

Presiden dan  CEO kumpulan Affin Bank Datuk Wan Razly Abdullah berkata Syed Mashafuddin mempunyai banyak pengalaman terutamanya dalam bidang perbankan korporat dan kewangan Islam.

 

“Ini akan meletakkan beliau dalam kedudukan yang baik untuk memacu operasi dan perniagaan Affin Islamic ke hadapan.

 

"Saya tidak ragu-ragu dia akan membawa perspektif baharu untuk menerajui Affin Islamic ketika kami memulakan pelan strategik A25 kami dan meneruskan misi kami untuk menyediakan Pengalaman Pelanggan dan Kepimpinan Digital yang Tiada Tandingan," katanya dalam satu kenyataan.


 

Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali
               Datuk Wan Razly Abdullah

 


Syed Mashafuddin, yang merupakan CEO Principal Islamic Asset Management and Group Islamic Business, mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor kewangan.

 

Beliau memulakan kerjayanya di jabatan kewangan korporat Commerce International Merchant Bankers Bhd pada tahun 1997 dan pada tahun 2002 berkhidmat di jabatan perbankan pelaburann bank itu di mana beliau terlibat dalam pelbagai proses penjanaan dana, penstrukturan semula, penggabungan dan pengambilalihan.

 

Beliau memegang ijazah kepujian bersama dalam sains komputer dan perakaunan (B.Sc. Kepujian) dari University of Manchester, United Kingdom dan ijazah Sarjana Sains (MSc) dalam Perbankan Antarabangsa dari University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST ), United Kingdom. Beliau juga merupakan pemegang Piagam CFA. - DagangNews.com