Syed Mohammed Idid bawa pengalaman lebih 30 tahun ke dalam West Coast Expressway | DagangNews Skip to main content

Syed Mohammed Idid bawa pengalaman lebih 30 tahun ke dalam West Coast Expressway

KUALA LUMPUR 2 Mei - Syed Mohammed Idid telah dilantik sebagai Pengurus Besar, Komunikasi Strategik & Penglibatan Pihak Berkepentingan di syarikat West Coast Expressway.

 

Menurut makluman Telum Media, beliau pernah bertugas di PLUS Malaysia, pemegang konsesi lebuh raya nasional terpanjang di negara ini sebagai Ketua Komunikasi Korporat.

 

Beliau membawa lebih 30 tahun pengalaman bidang komunikasi ke dalam peranan baharunya setelah berkhidmat di institusi kewangan seperti Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dan Standard Chartered Bank.

 

Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) membabitkan tujuh jajaran di Selangor dijangka siap pada 2024.

 

parafrasa

 

 

WCE sepanjang 233 kilometer (km) mula dibina pada 25 Ogos 2014 dengan kos keseluruhan sebanyak RM5.044 bilion. Daripada jumlah itu, RM3.122 bilion adalah kos bagi pakej pembinaan di Selangor manakala RM1.922 bilion lagi membabitkan pakej pembinaan di Perak.

 

Tujuh pakej di negeri ini meliputi laluan Banting ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sepanjang 11 kilometer (km), SKVE ke Lebuhraya Shah Alam (SAE) (7.2km) dan SAE ke Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)/Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2) sejauh 10.1 km.

 

Pakej seterusnya membabitkan laluan NKVE/FHR2 ke Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) sepanjang 4.5km, NNKSB ke Kapar (9.7km), Kapar ke Assam Jawa (21.8km) dan Assam Jawa ke Tanjong Karang (29.5km). - DagangNews.com