T7 Global raih kontrak bekal pelantar penggerudian kos rendah daripada Petronas Carigali | DagangNews Skip to main content

T7 Global raih kontrak bekal pelantar penggerudian kos rendah daripada Petronas Carigali

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA UMPUR 23 Julai - T7 Global Bhd menerusi Tanjung Offshore Services Sdn Bhd menerima kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd bagi membekalkan pelantar penggerudian jack-up kos rendah.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, anak syarikatnya menerima surat anugerah (LOA) tersebut bagi program pemalam dan penutupan telaga (P&A) Petronas Carigali.

 

"Bagaimanapun, kumpulan itu tidak mendedahkan mengenai harga kontrak itu," katanya.

 

Kumpulan itu berkata, kontrak itu bermula 20 Mac 2024 sehingga siap keseluruhan 53 telaga yang ditetapkan di bawah P&A.

 

Katanya, antara factor risiko yang mempengaruhi kontrak termasuk, antara lain, risiko pelaksanaan seperti sumber cekap yang tidak mencukupi dan ketidakpatuhan kepada keperluan undang-undang dan peraturan.

 

Bagaimanapun, Tanjung Offshore akan melaksanakan semua usaha yang perlu untuk mengurangkan risiko yang dikenal pasti kerana ia telah mewujudkan rekod prestasi dan kepakaran untuk melaksanakan kontrak itu.

 

Lembaga pengarah menjangkakan bahawa kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. - DagangNews.com