TA Research mulakan liputan terhadap Ranhill Utilities dengan saranan 'beli', TP 50 sen sesaham | DagangNews Skip to main content

TA Research mulakan liputan terhadap Ranhill Utilities dengan saranan 'beli', TP 50 sen sesaham

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Sept - TA Research memulakan liputan terhadap Ranhill Utilities Berhad dengan saranan 'beli' pada harga sasaran (TP) 50 sen sesaham. 

 

Firma itu berkata, Ranhill SAJ mempunyai lesen eksklusif untuk menyediakan bekalan air sumber di Johor dengan SAJ mengendalikan model aset air yang dipajak daripada kerajaan.

 

Katanya, selain itu, kumpulan itu juga mengendalikan loji rawatan air di China dan Thailand.

 

"Perkhidmatan lain kumpulan itu merangkumi pengurusan air tanpa hasil (NRW), kerja-kerja awam NRW dan penyelesaian air sisa serta air tebus guna," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, untuk bahagian tenaganya, Ranhill memiliki dua loji jana kuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) dengan kapasiti 190MW setiap satu di Sabah.

 

Sebagai tambahan kata, kumpulan itu sedang membangunkan Loji Solar Berskala Besar 50MW di Perak.

 

"Ranhill menawarkan perkhidmatan kejuruteraan, reka bentuk, pengurusan dan perundingan untuk projek infrastruktur dan tenaga. 

 

"Perkidmatan itu disediakan melalui anak syarikat yang baru diambil alih, Ranhill Bersekutu (RB) dan Ranhill Worley (RW)," katanya.

 

Projek jangka sederhana yang mendorong pendapatan kumpulan itu termasuk Projek Sistem Air Djuanda (Indonesia), loji CCGT 100MW (Pantai Barat Sabah), dan Projek Penyimpanan Hasil Karbon Kasawari.

 

Firma itu mengunjurkan perkembangan keuntungan bagi FY22/23/24 sebanyak 12%/24%/9%, didorong sumbangan penuh daripada RB dan RW.

 

"Selain itu pendapatan mereka juga disokong oleh peningkatan kadar penggunaan air dan kenaikan tarif air untuk segmen bukan domestik," katanya. - DagangNews.com