TA Securities beri nilai saksama (FV) sebanyak 33 sen kepada Orgabio | DagangNews Skip to main content

TA Securities beri nilai saksama (FV) sebanyak 33 sen kepada Orgabio

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Jun - TA Securities menyarankan nilai saksama sebanyak 33 sen bagi pengeluar minuman segera pracampuran yang tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia, Orgabio Holdings Berhad.

 

Firma itu berkata, Orgabio memiliki kelebihan termasuk pengalaman industri dan kemahiran dalam menawarkan formulasi minuman yang memenuhi keperluan pelanggan selain kedudukan mereka sebagai pusat sehenti untuk industri parcampuran minuman segera.

 

Katanya, kumpulan itu juga memiliki rekod cemerlang bersama pelanggan dan diiktiraf dengan pelbagai pensijilan untuk bahagian pembuatannya.

 

Firma itu berkata, nilai jualan untuk kopi, teh, susu dan minuman coklat di Malaysia mencatatkan kadar perkembangan terkompaun tahunan sebanyak 7.7% daripada RM13.8 bilion pada 2018 kepada RM16.1 bilion pada 2020.

 

Antara pemacu utama perkembangan industri itu termasuk peningkatan keperluan kemudahan, peningkatan pilihan pelanggan untuk minuman parcampuran, penyumberan luar kepada pengilang kontrak untuk pembuatan pracampuran minuman segera dan inisiatif kerajaan dalam mempromosikan industri pembuatan makanan.

 

"Menjadi antara pengeksport ekstrak kopi terbesar duni membuat pelanggan antarabangsa terus kembali untuk mencari produk kopi dari Malaysia.

 

"Ini akan mendorong peningkatan permintaan untuk perkhidmatan pembuatan produk kopi, termasuk pracampuran kopi dari Malaysia," katanya.

 

Firma itu berkata, berdasarkan kepada tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 31 sen, nisbah harga kepada pendapatan Orgabio adalah sebanyak 10 kali.

 

"Kami menganggap sasaran PE adalah sembilan kali FY23 EPS, bagi memperoleh nilai saksama 33 sen," katanya. - DagangNews.com