TA Securities yakin Focus Point kekal momentum pertumbuhan positif pada suku ketiga 2023 didorong hasil jualan lebih baik | DagangNews Skip to main content

TA Securities yakin Focus Point kekal momentum pertumbuhan positif pada suku ketiga 2023 didorong hasil jualan lebih baik

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Ogos - TA Scurities menjangkakan Focus Point Holdings Berhad mengekalkan momentum pertumbuhan pada suku ketiga tahun ini didorong hasil jualan lebih baik daripada segmen optik selain makanan dan minuman.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pengurusan akan terus memberi fokus kepada pengembangan rangkaian strategik untuk memacu jualan serta meningkatkan kecekapan kos secara keseluruhan.

 

"Berdasarkan unjuran itu, kami tidak membuat sebarang perubahan terhadap unjuran pendapatan kumpulan itu," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan untung bersih sebanyak RM13.3 juta apda 1HFY23 dan ia berjaya mencapai 40.5%/37.4% daripada anggaran tahun penuh serta konsensus firma itu.

 

Firma itu menganggap keputusan itu adalah dalam jangkaan kerana suku keempat cenderung menjadi suku terkuat.

 

Bagi asas suku tahun ke suku tahun, hasil dan keuntungan sebelum cukai meningkat 5.6% dan 19.1% masing-masing kepada RM63.0 juta dan RM9.8 juta.

 

"Keputusan yang lebih baik didorong oleh kerugian yang lebih rendah daripada segmen makanan dan minuman dan sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen optik," katanya.

 

TA Securities berkata, prestasi tahun lalu didorong pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 dan pembukaan semula ekonomi.

 

Sementara itu, segmen makanan dan minuman mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM1 juta (berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.3 juta pada separuh pertama 2022) berikutan kos kakitangan dan operasi yang lebih tinggi.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM1.11 sesaham," katanya. - DagangNews.com