TA Securities kekal saranan 'beli' ke atas Able Global, TP RM1.55 sesaham | DagangNews Skip to main content

TA Securities kekal saranan 'beli' ke atas Able Global, TP RM1.55 sesaham

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Dis - TA Securities mengekalkan saranan 'beli' ke atas Able Global Berhad dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak RM1.55 sesaham.

 

Firma penyelidikan itu percaya momentum pertumbuhan kumpulan itu adalah positif, bergantung kepada kos input yang normal dan kumpulan pembekal yang pelbagai.

 

Katanya, permintaan untuk produk susu isian semula kumpulan itu semakin meningkat di pasaran Amerika Syarikat (AS), di mana syarikat itu melakukan eksport sulungnya pada Julai 2023, disebabkan tekanan inflasi dan penawaran produk titik harga yang lebih rendah.

 

Kelulusan eksport kumpulan bagi produk tenusu penuh krim ke Mexico masih dalam perancangan, tetapi mereka optimis untuk mendapatkan lesen pada awal separuh kedua tahun 2024.

 

"Ketiadaan garis masa yang jelas untuk kelulusan, kumpulan itu telah terlibat secara aktif dengan perunding tempatan di Mexico bagi urusan bersama pihak berkuasa negara itu," katanya dalam satu nota kajian.

 

Firma penyelidikan itu berkata, bahawa segmen pembungkusan tin syarikat, yang mengeluarkan tin dan pembungkusan logam lain, dijangka menyumbang 15% daripada keuntungan bersih kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY24), berdasarkan nisbah harga-perolehan sebanyak lapan kali.

 

TA Securities kekal 'neutral' dan mengunjurkan prospek kumpulan itu kekal berdaya tahan dalam keadaan pasaran yang mencabar.

 

Kumpulan itu  sebelum ini melaporkan untung bersih sebanyak RM16.22 juta suku ketiga berakhir 30 September 2023 (3QFY23), meningkat 94.86%. 

 

Hasil Able Global juga meningkat 27.04% kepada RM176.76 juta.- DagangNews.com