Tablet Pen Xencelabs: Pengalaman Melukis Ditingkatkan untuk Golongan Profesional | DagangNews Skip to main content

Tablet Pen Xencelabs: Pengalaman Melukis Ditingkatkan untuk Golongan Profesional

 

PORTLAND, Oregon, 20 Mac /PRNewswire/ - Xencelabs, memperkenalkan produk lukisan digital Xencelabs dibangunkan menerusi kerjasama komuniti kreatif termasuk jurugambar, pengilustrasi, artis gambar bergerak, TV dan penerbitan, untuk menyepadukan pengalaman lukisan tradisional.

 

Hasilnya adalah alternatif tablet digital yang memastikan gabungan optimum antara keselesaan, penyesuaian, ergonomik dan penggunaan intuitif serta keserasian dengan peranti dan sistem operasi yang berbeza.

 

Xenselab adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh sekumpulan ahli profesional reka bentuk yang kreatif dan berpengalaman. Tujuan utama syarikat ini ditubuhkan adalah untuk membentukkan kelas alat melukis digital baharu. Xencelabs (disebut sebagai "sense") menggabungkan idea deria manusia, inovasi dan pendekatan "makmal" terhadap pengujikajian dan pembangunan produk yang progresif.

 

Terdapat konfigurasi yang berbeza dalam Produk Xencelabs : Tablet Pen Sederhana dan Berkas Sederhana Tablet Pen dengan pilihan kawalan jauh Quick Keys™. Quick Keys™ mendayakan antara muka yang mudah digunakan. 

 

Tablet Xencelabs baharu menawarkan reka bentuk yang kemas dan minimalis tanpa kekunci yang tidak perlu, yang membolehkan pengguna mendapat manfaat penuh daripada nisbah aspek natif 16:9.

 

Dengan ketebalan hanya 8mm, ia menampilkan sandaran tapak tangan yang lancar dan melengkung lembut untuk keselesaan. Tablet tersebut boleh digunakan secara tanpa wayar atau dengan kabel USB.

 

Pen Tablet adalah satu- satunya Peranti Xencelabs. Terdapat dua pen tanpa bateri dan mempunyai diameter yang berbeza. Pen nipis mempunyai dua butang manakala pen tiga butang dapat menampung keperluan artis yang melakukan tugasan 3D. Kedua-dua pen mengandungi pemadam, 8192 tahap kepekaan tekanan, 3 gram daya pengaktifan awal, pengecaman condong dan hampir tiada kelewatan.

xenselab
                                   Quick Keys Remote Xencelabs

 

Quick Keys™ adalah aksesori kawalan jauh pilihan untuk peranti Xencelabs dan menawarkan lima set dengan lapan kekunci – untuk sejumlah 40 pintasan disesuaikan bagi setiap aplikasi. Paparan OLED pada Quick Keys™ menunjukkan penetapan bagi setiap kunci dan boleh digunakan dalam mod potret atau landskap.

 

Tablet Pen Xencelabs merangkumi tablet bersaiz sederhana, bekas pen dengan 2 batang pen, 10 nib tambahan dan pencabut nib, alat penyesuai USB C, dongel dan kabel USB, sarung tangan melukis dan sarung pembawa semua-dalam-satu. Versi berkas termasuk alat kawalan jauh Quick Keys™.

 

"XENCELABS adalah sebuah syarikat yang membuka laluan baharu dengan tablet reka bentuk digital profesional yang inovatif. Kami merupakan kumpulan veteran reka bentuk digital dengan pengalaman industri selama berdekad-dekad. Kami akan bersungguh-sungguh untuk mencipta penyelesaian reka bentuk digital yang terbaik," kata syarikat itu. - DagangNews.com