Tajuddin Ali dilantik Pengerusi Malakoff berkuat kuasa 1 Jan 2022 | DagangNews Skip to main content

Tajuddin Ali dilantik Pengerusi Malakoff berkuat kuasa 1 Jan 2022

Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali

 

 


KUALA LUMPUR 22 Dis - Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali dilantik sebagai Pengerusi Malakoff Corp. Bhd. 
berkuat kuasa 1 Januari 2022.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Malakoff berkata, beliau menggantikan Pengerusi semasa iaitu Datuk Hasni Harun yang akan menamatkan perkhidmatan menjelang 31 Disember depan disebabkan komitmen peribadi.

 

Tajuddin masih memegang jawatan korporat dalam syarikat lain seperti Pengerusi Optimax Holdings Bhd, Linde Malaysia Holdings Bhd dan SIRIM Bhd.

 

Beliau pernah menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Bhd dari 1996 hingga 2000, Gas Malaysia Bhd dari 2001 hingga 2004 dan UEM Group Bhd dari 2007 hingga 2017. 

 

Memiliki  Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Nuklear dari Queen Mary University of London, beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah Unit Tenaga Nuklear di Jabatan Perdana Menteri mulai 1988 hingga 1989, serta Ketua Pengarah Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia dari 1989 sampai 1996. - DagangNews.com