Takaful Ikhlas anjur pelbagai aktiviti menarik sempena Minggu Saham Digital 2021 | DagangNews Skip to main content

Takaful Ikhlas anjur pelbagai aktiviti menarik sempena Minggu Saham Digital 2021

KUALA LUMPUR 20 Nov – MNRB Holdings Berhad, melalui anak syarikat milik penuhnya Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad, menganjurkan pelbagai aktiviti dan hadiah-hadiah  menarik untuk di menangi termasuk pelan perlindungan kemalangan peribadi sempena  Minggu Saham Digital (MSD) 2021 anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB).

 

MSD 2021 yang bertemakan #LaburBersama, bertujuan untuk mempamerkan syarikat- syarikat pelaburan strategik PNB di samping  memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia daripada semua peringkat usia, tentang kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan berhemah. 

 

ARTIKEL BERKAITAN : Masyarakat disaran sertai Minggu Saham Digital 2021 bagi tingkatkan kefahaman uurus kewangan: PM

 

Bagi memeriahkan MSD tahun ini, Takaful IKHLAS turut sama menyediakan aktiviti-aktiviti menarik di platform media sosialnya. Ini termasuk Kuiz Facebook IKHLAS di mana Takaful IKHLAS menawarkan hadiah menarik seperti  6 iPad mini model terbaharu serta jam tangan kesihatan Xiaomi Band 6.

 

Melalui peraduan IKHLAS Daily Instagram Quiz dan IKHLAS Instagram Tag & Win pula, Takaful IKHLAS menawarkan hadiah e-baucar berjumlah hampir RM3,000.

 

Seiring dengan objektif MSD iaitu memperkasakan literasi kewangan melalui platform digital, Takaful IKHLAS turut bersama-sama mendidik orang ramai mengenai kepentingan perlindungan takaful  serta sumbangan takaful kepada pembangunan masyarakat melalui program khas bual bicara iaitu Sembang Takaful dan Bicara IKHLAS Bersama Imam Muda Asyraf yang telah disiarkan baru-baru ini di laman rasmi Facebook dan Youtube Minggu Saham Digital.

 

Takaful IKHLAS juga turut menawarkan hadiah pelan perlindungan IKHLAS P.A Permata Takaful kepada penonton-penonton yang berjaya menjawab soalan kuiz semasa berlangsungnya program-program bual bicara ini.  

 

Bagi yang menyertai pelan-pelan perlindungan takaful keluarga Takaful IKHLAS pula, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah menerusi Cabutan Rezeki IKHLAS yang menyediakan gajet seperti tablet dan telefon pintar model terbaharu serta pelbagai hadiah lain.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Strategi PNB anjur Minggu Saham berjaya tingkatkan daya maju syarikat

 

Selain itu, Takaful IKHLAS juga menyediakan e-baucar dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000.00 kepada 300 pelanggan pelan perlindungan takaful keluarga baharu yang bertuah.

 

Bagi produk takaful am pula, Takaful IKHLAS menawarkan hadiah emas melalui Cabutan Rezeki Emas bulan November bersempena dengan Kempen “Nak Emas?” bagi mereka yang menyertai produk perlindungan Takaful Motor, Home Protect Takaful dan Kemalangan Peribadi (P.A).

 

Selain daripada itu,  Takaful IKHLAS turut menjemput beberapa personaliti terkenal seperti Dr. Say Shazril, Ustaz Syed Norhisham dan Dai’ Afiqah untuk membincangkan topik-topik terkini kepada penonton MSD yang berkaitan dengan perlindungan kesihatan, hibah dan wakaf di program IKHLAS Live Sessions  melalui saluran Facebook dan Instagram Takaful IKHLAS.

 

Bagi orang ramai yang berminat untuk menceburi kerjaya sebagai Perunding Takaful samada bagi produk takaful am ataupun takaful keluarga, Takaful IKHLAS juga mengadakan sesi secara langsung perkongsian panduan serta kelebihan kerjaya sebagai Perunding Takaful di Facebook Takaful IKHLAS.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti Takaful IKHLAS sempena MSD 2021, orang ramai boleh layari laman-laman media sosial rasmi Takaful IKHLAS iaitu laman web Takaful IKHLAS di www.takaful-ikhlas.com.my ; Instagram @takafulikhlas.official dan Facebook Takaful IKHLAS. – DagangNews.com