Taman Teknologi Kulai, Northern TechValley diunjur jadi pemacu pertumbuhan AME Elite bermula FY26 | DagangNews Skip to main content

Taman Teknologi Kulai, Northern TechValley diunjur jadi pemacu pertumbuhan AME Elite bermula FY26

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Sept - Taman Teknonologi Kulai di Johor dan Northern TechValley, Pulau Pinang diunjur menjadi pemacu pertumbuhan AME Elite Consortium Bhd bermula FY26 dan seterusnya.

 

RHB Investment berkata, bank tanah utama yang terletak di ilayah tengah boleh menjadi pemangkin baharu dalam beberapa bulan kan datang.

 

Katanya, pihak pengurusan ketika ini sedang dalam usaha menukar tanah baharu seluas 15.2 hektar di Taman Teknologi Kulai daripada status komersial kepada perindustrian.

 

Firma penyelidian itu berkata, bergantung pada permintaan pasaran, beberapa unit terbina mengikut kesesuaian mungkin dilancarkan dan jika tidak, tanah itu boleh dibahagikan kepada tiga petak untuk menampung permintaan daripada syarikat multinasional (MNC) yang mencari saiz tanah yang lebih besar.

 

"Sementara itu, Northern TechValley akan dilancarkan secara rasmi pada suku keempat 2024.

 

"Kami mengetahui bahawa pasukan pemasaran menerima pelbagai pertanyaan daripada pemain tempatan dan asing semasa majlis pra pelancaran dan mereka terdiri daripada sektor pembuatan peranti peralatan perubatan selain industri pengedaran dan Gudang," katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN: AME Elite rancang lancar taman perindustrian dengan GDV RM1 bilion di Pulau Pinang pada separuh kedua 2024

 

RHB Investment berkata, pada masa sama masih terdapat pertanyaan daripada pemain pusat data (DC) tetapi kumpulan itu lebih gemar mengekalkan kedudukannya sebagai pakar taman perindustrian dan terus fokus kepada pelabur domestik dan asing dalam sektor pembuatan.

 

Katanya, ia kerana sektor itu dilihat benar-benar mewujudkan peluang pekerjaan dan limpahan positif.

 

Sementara itu, firma penyelidikan itu berkata, pengurusan mungkin meneroka beberapa peluang kerjasama dengan pemilik tanah dan jika tanah itu cukup besar, ia boleh menjadi pemangkin memandangkan potensi nilai tambahan kepada anggaran nilai aset bersih dinilai semula (RNAV) .

 

Katanya, pada masa ini kumpulan itu mempunyai tunai bersih sebanyak RM115 juta dan sedang menjana wang bagi beberapa hartanah perindustrian bernilai RM119 juta kepada REIT.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM2.20 sesaham," katanya. - DagangNews.com