Tan Sri Zeti Akhtar Aziz lepaskan jawatan SDPB | DagangNews Skip to main content

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz lepaskan jawatan SDPB

 

KUALA LUMPUR 12 April - Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz akan melepaskan jawatan pengerusi Sime Darby Property Berhad dan tidak akan mencalonkan namanya untuk pemilihan semula pada mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-48 syarikat itu bulan depan.

 

Perkara itu dinyatakan di dalam Laporan Tahunan 2020 syarikat pemaju hartanah itu yang bakal mengadakan AGM pada 6 Mei ini.

 

Bekas Gabenor Bank Negara itu dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif bukan bebas Sime Darby Property pada 23 Julai 2018 semasa kerajaan Pakatan Harapan memerintah, menjadikan tempoh khidmatnya hampir tiga tahun.

 

Beliau mengambil alih jawatan tersebut daripada Tan Sri Abdul Wahid Omar yang bersara daripada jawatan tersebut pada akhir Jun 2018.

 

Selain jawatan ini, Zeti juga merupakan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd serta Pengerusi Amanah Saham Nasional Bhd. 

 

Sime Darby Property dijangka mengumumkan nama pengganti Zeti tidak lama lagi, kata laporan The Edge. - DagangNews.com