Taylor’s University rai ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia | DagangNews Skip to main content

Taylor’s University rai ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia

Lebih 500 pelajar Cina tempatan dan antarabangsa dari pelbagai universiti di seluruh Malaysia hadir sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia anjuran Taylor’s University, baru-baru ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Feb - Sambutan Ulang Tahun ke-50 Gala Tahun Baru Cina Hubungan Diplomatik China-Malaysia dianjurkan oleh China Students and Scholars Association di pekarangan Kampus Taylor’s Lakeside, baru-baru ini mengumpulkan lebih 500 pelajar Cina tempatan dan antarabangsa dari pelbagai universiti di seluruh Malaysia.

 

Menurut Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University, Prof Barry Winn, ketika pihaknya memulakan tahun ke-55 bersama-sama dengan badan pelajar yang pelbagai dari 100 negara, mereka menjadikannya fokus utama untuk memperjuangkan hubungan antarabangsa dan kepelbagaian pelbagai budaya secara konsisten. 

 

"Sambutan Gala Tahun Baru Cina kali ini adalah bukti dedikasi kami untuk mewujudkan rumah yang jauh dari rumah untuk pelajar Cina kami, yang membentuk kohort pelajar antarabangsa terbesar kami. 

 

"Perayaan ini memberi peluang kepada semua orang untuk berkumpul, tanpa mengira latar belakang budaya, untuk berkongsi kegembiraan musim ini," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Turut hadir majlis tersebut, Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing da Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China, yang memuji penganjur di atas kejayaan itu. perkongsian yang melambangkan kerjasama bermakna mengukuhkan hubungan antarabangsa serta membina jambatan persefahaman antara negara.

 

 

taylor
Prof Barry Winn

 

 

taylor
Ouyang Yujing turut hadir sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia anjuran Taylor’s University, baru-baru ini. 

 

 

Dengan hiasan yang meriah serta gerai makanan dan minuman, sambutan itu menampilkan pelbagai persembahan, termasuk pameran kebudayaan dan cabutan bertuah yang menyampaikan tiket penerbangan tajaan oleh China Southern Airlines. 

 

 

taylor

 

 

Selain itu, para pelajar menyatakan rasa terima kasih mereka atas peluang untuk meraikan Tahun Naga dalam persekitaran yang mesra dan inklusif, menjalin persahabatan dan kenangan baharu yang akan kekal seumur hidup. - DagangNews.com